Berakhirnya aksi Kumpulan J saingan Piala Dunia 2026 sebentar tadi menyaksikan lengkaplah senarai 32 pasukan yang berjaya melangkah ke pusingan kalah mati yang akan bermula awal pagi esok.
Sebanyak 24 pasukan yang menamatkan saingan di dua kedudukan teratas setiap kumpulan mara secara automatik manakala baki slot diisi oleh lapan pasukan terbaik yang menamatkan saingan di tangga ketiga daripada keseluruhan 12 kumpulan.
Saingan selepas ini pstinya lebih sengit apabila setiap perlawanan menggunakan format kalah mati, sekali gus menyaksikan tiada lagi ruang untuk melakukan kesilapan.

Mana-mana pasukan yang tewas akan terus tersingkir, manakala pemenang akan meneruskan perjuangan memburu kejuaraan dunia.
Dapat disaksikan, Jepun dan Australia menjadi wakil benua Asia yang masih meneruskan perjuangan di Piala Dunia 2026 manakala Iran dan Korea Selatan tidak mampu menempatkan diri dalam kalangan lapan pasukan tangga ketiga terbaik.
Berikut ialah senarai lengkap senarai pasukan yang berjaya mengesahkan tempat ke pusingan 32 Piala Dunia 2026.

Pusingan 32 Piala Dunia 2026
Kumpulan A
1) Mexico
2) Afrika Selatan
Kumpulan B
1) Switzerland
2) Kanada
Kumpulan C
1) Brazil
2) Maghribi
Kumpulan D
1) Amerika Syarikat
2) Australia
Kumpulan E
1) Jerman
2) Ivory Coast
Kumpulan F
1) Belanda
2) Jepun
Kumpulan G
1) Belgium
2) Mesir
Kumpulan H
1) Sepanyol
2) Cape Verde
Kumpulan I
1) Perancis
2) Norway
Kumpulan J
1) Argentina
2) Austria
Kumpulan K
1) Colombia
2) Portugal
Kumpulan L
1) England
2) Croatia
8 Pasukan Terbaik Kedudukan Ketiga
1) DR Congo – Kumpulan K
2) Sweden – Kumpulan F
3) Ghana – Kumpulan L
4) Ecuador – Kumpulan E
5) Bosnia dan Herzegovina – Kumpulan B
6) Algeria – Kumpulan J
7) Paraguay – Kumpulan D
8) Senegal – Kumpulan I