Saingan pusingan 16 Piala Dunia 2026 akan bermula awal pagi esok dengan aksi pastinya lebih menarik untuk disaksikan.
Tiada ruang kesilapan buat kesemua 16 pasukan terbaik dalam usaha mereka untuk melakar kejayaan manis buat negara masing-masing.
Beberapa pertembungan menarik dijangka mencuri tumpuan peminat bola sepak di seluruh dunia apabila kuasa-kuasa besar dunia bakal bertemu sesama sendiri.
Pertembungan Sepanyol menentang Portugal jelas menjadi perlawanan paling ditunggu-tunggu manakala aksi Brazil menentang Norway juga cukup menarik untuk diperkatakan.
Pasukan tuan rumah bersama pula iaitu Kanada akan berhadapan Maghribi, Mexico bertemu England dan Amerika Syarikat menentang Belgium.
Bukan tugas mudah juga buat ketiga-tiga pasukan tetapi mereka pasti akan mendapat sokongan padu penyokong sendiri.
Berikut adalah jadual lengkap perlawanan pusingan 16 Piala Dunia 2026 (waktu Malaysia):
Pusingan 16 Piala Dunia 2026
5 Julai (Ahad)
1) Kanada lawan Maghribi – 1.00 Pagi
2) Paraguay lawan Perancis – 5.00 Pagi
6 Julai (Isnin)
3) Brazil lawan Norway – 4.00 Pagi
4) Mexico lawan England – 8.00 Pagi
7 Julai (Selasa)
5) Portugal lawan Sepanyol – 3.00 Pagi
6) Amerika Syarikat lawan Belgium – 8.00 Pagi
8 Julai (Rabu)
7) Argentina lawan Mesir – 12.00 Pagi
8) Switzerland lawan Colombia – 4.00 Pagi