Arsenal dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Bournemouth di Emirates dalam satu perlawanan yang sangat penting untuk mereka melebarkan lagi jurang mata di puncak.
Bournemouth memulakan perlawanan dengan cukup berani dan berjaya mengejutkan tuan rumah apabila membuka jaringan terlebih dahulu hasil gol daripada Eli Junior Kroupi.
Namun skuad Mikel Arteta segera bangkit dan menyamakan kedudukan sebelum rehat separuh masa menerusi gol penalti Viktor Gyokeres.
Memasuki separuh masa kedua, Bournemouth sekali lagi membuktikan keberkesanan taktikal mereka. Mereka kekal disiplin di bahagian pertahanan dan terus mengancam melalui serangan balas.
Strategi itu membuahkan hasil apabila pelawat menjaringkan gol kedua yang akhirnya menjadi gol kemenangan menerusi Alex Scott pada minit ke-74.
Arsenal cuba mencari gol penyamaan di penghujung permainan, namun gagal menembusi benteng pertahanan Bournemouth yang bertahan dengan cukup baik sehingga wisel penamat.
Kekalahan ini pastinya tamparan kepaada Arsenal. Walaupun begitu mereka kekal 9 mata di atas Man City ketika wisel penamat di Emirates dibunyikan pengadil.
A HUGE +3️⃣ for the Chez 🤩 pic.twitter.com/PbmCu2boo2
— AFC Bournemouth 🍒 (@afcbournemouth) April 11, 2026
Kedengaran bunyi boo daripada peminat Arsenal sendiri selepas wisel penamat. Tanda kecewa dengan persembahan hambar skuad Arteta.
Boos at the full-time whistle 🔊
Arsenal drop all three points as Bournemouth take home a 2-1 win at the Emirates 🍒
📺 TNT Sports and HBO Max pic.twitter.com/VCVlVgEbZK
— Football on TNT Sports (@footballontnt) April 11, 2026
Man City masih ada baki 2 perlawanan dalam tangan berbanding dengan Arsenal sebelum sepak mula perlawanan mereka minggu ini.
Skuad Mikel Arteta sebelum ini terlepas 2 piala. Namun bangkit dalam saingan UCL dan kini mereka pastinya tidak rela kejuaraan EPL dilepaskan sekali lagi.
Pada masa yang sama, Arsenal kekal pilihan untuk menjuarai UCL musim ini.