Starbucks Malaysia mengumumkan barisan Kopi Creator Kolektif (KCK) Class of 2026, yang menghimpunkan 10 bakat kreatif tempatan terdiri daripada lima pemuzik dan lima pembikin filem.
Program ini merupakan inisiatif untuk menyokong pembangunan bakat muda melalui bimbingan industri serta peluang untuk mengetengahkan karya mereka kepada umum.

Platform kreatif berasaskan komuniti
Kopi Creator Kolektif direka sebagai platform yang menghubungkan bakat baharu dengan mentor dan komuniti kreatif.
Ia juga selari dengan konsep “Third Place” Starbucks, yang menjadikan coffeehouse sebagai ruang untuk interaksi sosial, pertukaran idea dan pembangunan kreativiti.

Kajian tempatan pada tahun 2024 melibatkan 230 pelajar universiti turut mendapati kafe berfungsi sebagai ruang sosial, tempat bekerja dan menyiapkan tugasan, malah dianggap sebagai “rumah kedua” oleh sebahagian responden.
Proses pemilihan & pembangunan finalis

Program ini bermula dengan open call yang mengundang penyertaan daripada artis tempatan melalui penghantaran portfolio dan idea kreatif.
Daripada penyertaan tersebut, 10 finalis dipilih oleh panel profesional industri untuk menyertai program pembangunan yang merangkumi latihan, bimbingan dan persediaan ke pentas showcase.
Bagi kategori muzik, Breaking Music mengetuai sesi pembangunan termasuk latihan identiti jenama dan penulisan lagu, serta menyediakan akses kepada studio dan peralatan profesional.
Untuk kategori filem, Weekend Boys Studio dan Fakulti Seni Sinematik Multimedia University (MMU) membimbing peserta dalam aspek penceritaan dan produksi.
Showcase & Ganjaran RM10,000 Untuk Pemenang

Kemuncak program ini akan berlangsung pada 16 Mei 2026 di Starbucks Reserve® IOI Mall Damansara, di mana finalis akan mempersembahkan hasil karya mereka.
Pemuzik akan membuat persembahan lagu original, manakala pembikin filem akan menayangkan teaser projek mereka.
Seorang pemenang bagi setiap kategori akan menerima ganjaran bernilai RM10,000:
- Pemuzik: peluang merakam EP empat lagu
- Pembikin filem: produksi filem pendek original
-
Perluasan platform ke arah industri kreatif lebih luas
-
Kopi Creator Kolektif mula diperkenalkan pada tahun 2025 melalui sesi muzik secara langsung di Starbucks, melibatkan 13 artis tempatan seperti Amanda Imani, An Honest Mistake dan RESORT.
-
Kini, platform ini diperluaskan untuk merangkumi pembikin filem, sekali gus memperluaskan peluang kepada lebih ramai bakat kreatif tempatan.
-
Melalui inisiatif ini, Starbucks Malaysia berusaha membina ekosistem yang menyokong pertumbuhan bakat kreatif tempatan, bukan sahaja melalui platform, tetapi juga akses kepada komuniti dan industri.
-
Orang ramai boleh mengikuti perkembangan Kopi Creator Kolektif Class of 2026 serta maklumat lanjut mengenai showcase melalui Instagram rasmi Starbucks Malaysia di @mystarbucks.