Final ACL Elite 2025/26 menyaksikan pertembungan antara juara bertahan, Al-Ahli Saudi menentang pasukan yang membuat penampilan pertama dalam saingan berprestij ini iaitu Machida Zelvia.
Skrip sama berlaku pada kem Al-Ahli apabila skuad kendalian Matthias Jaissle itu terpaksa bangkit daripada ketinggalan satu gol ketika berhadapan dengan Vissel Kobe untuk meneruskan kemaraan.
Gergasi Arab Saudi itu tersentak pada minit ke-31 menerusi jaringan Yoshinori Muto. Namun, jaringan itu tidak langsung merentap semangat juang pemain Al-Ahli yang kemudiannya mendapatkan jaringan hasil sumbangan Galeno (minit ke-62) dan Ivan Toney berselang lapan minit kemudian.
Ia merupakan peluang buat Al-Ahli untuk meraih kejuaraan ACL Elite buat kali kedua berturut-turut selepas mereka menewaskan Kawasaki Frontale 2-0 pada aksi final edisi lalu.
Sementara itu, Machida Zelvia terus melakar sejarah hebat pada penampilan pertama selepas menundukkan wakil Shabab AlAhli dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) 1-0.
Gol tunggal wakil Jepun itu hadir pada minit ke-12 menerusi jaringan Yuki Soma yang sudah memadai untuk membawa mereka ke pentas final.
Kehangatan Final ACL Elite 2025/26 Kian Terasa
Final ACL Elite 2025/26 antara kedua-dua pasukan bakal berlangsung di King Abdullah Sports City Stadium, Jeddah pada 12.15 pagi Ahad nanti.
Sebagai rekod, Al-Hilal dari Arab Saudi merupakan juara terbanyak dalam saingan ini dengan empat kejuaraan dimenangi.