Berakhirnya lima perlawanan AFC Champions League (ACL) Elite 2025/26 menyaksikan pasukan dari Jepun dan Korea mengungguli lima kedudukan terbaik bagi zon timur.
Zon barat pula memperlihatkan penguasaan pasukan dari Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Baca Juga:
- ACL Elite 2025/26: Ketangkasan Patrick Beach Hampakan JDT, Tewas 0-2 Di Tangan Melbourne City

- ACL Elite 2025/26: JDT Raih Kemenangan Bergaya Atasi Shanghai Shenhua

- ACL Elite 2025/26: JDT, Machida Zelvia Kongsi Mata

Dengan 24 pasukan yang bersaing dimana 12 daripadanya dipecahkan kepada dua kumpulan mengikut zon berbeza, terdapat hanya satu pasukan berjaya mencatatkan rekod kemenangan bersih.
Kelab yang dimaksudkan ialah Al-Hilal yang menang kesemua lima perlawanan diharungi setakat ini.
Bagi zon timur, Vissel Kobe masih mengekalkan rekod tanpa kalah apabila meraih empat kemenangan dan satu keputusan seri manakala A-Hilal, Al Wahda (UAE) dan Tractor (Iran) masing-masing masih belum mengalami kekalahan.
Berikut merupakan kedudukan terkini saingan ACL Elite 2025/26 bagi kedua-dua zon selepas mengharungi lima perlawanan:
Kumpulan A ACL Elite 2025/26 – Zon Timur
1) Vissel Kobe – 12 mata
2) Melbourne City – 9 mata
3) FC Seoul – 8 mata
4) Machida Zelvia – 8 mata
5) Sanfrecce – 8 mata
6) Ulsan Hyundai – 8 mata
7) Johor Darul Ta’zim – 7 mata
8) Buriram United – 7 mata
9) Gangwon – 6 mata
10) Chengdu Rongcheng – 5 mata
11) Shanghai Shenhua – 4 mata
12) Shanghai Port – 1 mata
Kumpulan B ACL Elite 2025/26 – Zon Barat
1) Al-Hilal – 15 mata
2) Al Wahda – 13 mata
3) Tractor – 11 mata
4) Al-Ahli Saudi – 10 mata
5) Shabab Al-Ahli -10 mata
6) Al-Duhail – 7 mata
7) Sharjah – 7 mata
8) Al-Ittihad – 6 mata
9) Al-Gharafa – 3 mata
10) Al Sadd – 2 mata
11) Al-Shorta – 1 mata
12) Nasaf – 0 mata