Perlawanan perrtama pusingan 16 AFC Champions League Elite (ACL Elite) 2025/26: Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Sanfrecce Hiroshima [4 Mac 2026, 8:15 malam]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia melibatkan wakil negara iaitu JDT di Iskandar Puteri, Johor.

Perlawanan Pertama Pusingan 16 ACL Elite 2025/26

Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Sanfrecce Hiroshima

Sepak mula: 8:15 malam, 4 Mac 2026 (Rabu)
Tempat: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Link Siaran Langsung: Astro Arena Bola 803, Youtube AFC Hub (Akses VPN)

Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran ACL Elite.

Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau langganan Sooka untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.

ACL Elite 2025/26: Info Siaran Langsung Pusingan 16 JDT vs Sanfrecce
Kredit Foto: JOHOR Southern Tigers

Selepas berjaya mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 dengan kemenangan pada aksi terakhir bertemu Vissel Kobe di laman sendiri, skuad kendalian Xisco Munoz itu sekali lagi perlu berhadapan dengan Sanfrecce Hiroshima.

Kedua-dua pasukan baharu sahaja bertemu di peringkat kumpulan pada 10 Februari lalu yang menyaksikan JDT tewas tipis 1-2 di Jepun.

Berjaya mengejutkan tuan rumah seawal minit ketiga menerusi jaringan Marcos Guilherme, JDT kemudiannya terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Jonathan Da Silva dilayangkan kad merah kerana menggunakan tangan untuk menafikan percubaan lawan.

Keadaan itu membolehkan Akito Suzuki menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-18 dan beliau menghadiahkan jaringan kemenangan sebaik sahaja aksi babak kedua bersambung.

Kesilapan sama pastinya tidak mahu dilakukan oleh barisan pemain JDT kerana memperlihatkan pada aksi tempoh hari, skuad Harimau Selatan mampu memberikan cabaran hebat walaupun kekurangan seorang pemain.

JDT pasti bakal turun dengan skuad terkuat dalam usaha untuk meraih kemenangan penting sebagai bekalan menjelang aksi kedua di Hiroshima pada minggu hadapan.

ACL Elite adalah pertandingan yang melibatkan 24 kelab elit di Asia dan menawarkan wang hadiah lumayan sebanyak AS$10,000,000 (RM42,064,271.65) untuk juara manakala naib juara membawa pulang AS$4,000,000 (RM16,825,708.66).

Ia tidak termasuk elaun perlawanan di tempat lawan serta elaun pencapaian sekiranya mencatatkan kemenangan dan meraih keputusan seri.