Nasi Lemak bukan sekadar sarapan pagi, malah ia adalah ‘simbol perpaduan’ yang merentasi sempadan kaum dan latar belakang individu yang berada di dalam Malaysia.
Baru-baru ini, lelaki ke-3 terkuat (kategori bawah 105kg) dari Australia, Jaden Laing mengambil peluang untuk mencuba hidangan tempatan dengan memesan sepinggan Nasi Lemak bersama ayam goreng.
Untuk melengkapkan hidangannya, dia turut bertanya tentang minuman khas rakyat Malaysia dan dihidangkan minuman jus kedondong.
Pengalaman menikmati hidangan ini memberikan kesan yang mendalam buatnya. Jaden mendapati sambal Nasi Lemak tersebut sangat pedas, sehinggakan dia bergurau bahawa kepedasan itu boleh ‘membunuhnya’.
Walaupun begitu, dia tetap cekal menahan rasa pedas demi merasai pengalaman sebenar menikmati Nasi Lemak.
Usahanya berbaloi kerana Jaden sangat menggemari hidangan tersebut dan memujinya sebagai sesuatu yang sangat lazat dan hebat.
Minuman jus kedondong juga meninggalkan kesan yang positif.
Jaden berkata minuman tersebut rasa sangat menyihatkan, seolah-olah ia menyalurkan kesihatan secara terus ke dalam tubuhnya apabila diminum.
Selain rasanya yang enak, Jaden juga gembira dengan harga makanan tersebut.
Keseluruhan hidangan Nasi Lemak itu hanya berharga RM13, iaitu bersamaan dengan kira-kira $4.50 Dolar Australia.
Bagi Jaden, ia adalah satu harga yang sangat berpatutan dan murah untuk hidangan yang memuaskan