Apabila keluar negara, kadang-kala pasti akan terasa rindu dengan juadah di Malaysia dan mencari untuk memenuhi kehendak diri.
Namun, ia bukanlah satu yang mudah untuk mencari juadah tersebut di negara orang apatah lagi mencari yang versi halal.
Baru-baru ini, seorang warga tempatan pergi sebuah pasar tani yang terletak di Honolulu, Hawai dan berjaya menemui sebuah kedai yang menjual nasi lemak.
Dia terasa bangga kerana juadah Malaysia berjaya menapak di Hawai yang jauh beribu-ribu kilometer dari tempat asal. Timbul keinginan untuk mencubanya namun terpaksa membatalkan hasratnya kerana ia dihidangkena dengan serunding daging khinzir.
Tidak mahu berlengah lagi, dia langsung bertemu pemilik yang juga bergelar chef untuk mengetahui sebab pemilihan menjual juadah Malaysia di negaranya.
Difahamkan Chef Andrew merupakan pemilik kepada Nasi Lemak Hawai tersebut dan mendedahkan bagaimana diperkenalkan pada juadah enak itu.
“Saya pertama kali diperkenalkan pada makanan Malaysia ketika di New York lagi lebih kurang sejak 16 ke 17 tahun yang lalu.
“Saya bekerja dengan seorang chef bernama Zachlazio yang mana memiliki sebuah restoran makanan Malaysia. Jadi, dialah orangnya yang memperkenalkan kepada saya. Sejak itu, saya mula obses dengan rasa yang berasal dari Malaysia,” kongsinya dengan gembira.
Tambahnya rasa yang dibawakan dalam juadah tiada tolok bandingannya. Malah, kesemua makanan tampil dengan warna cerah dan vibran dicampur dengan gabungan pelbagai rasa seperti masam, manis, pedas serta masin sekaligus menjadi satu hidangan yang sempurna.
Dia mendedahkan juadah inilah yang paling terbaik di Hawai namun tidak ramai mengetahui perihal nasi lemak sebelum itu.
Sebaik diberikan sampel dan mencuba sepinggan sudah cukup membuatkan mereka jatuh cinta lalu datang berulang-kali ke kedainya untuk merasai kenikmatan juadah nasi lemak.
@aimanariffinnnn Nasi lemak serunding oink oink🐷 #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #hawaii #nasilemak #oinkoink #malaysia
♬ Hawaiian Roller Coaster Ride – Mark Keali’i Ho’omalu & Kamehameha Schools Children’s Chorus
Selain nasi lemak bersama sambal dan ikan bilis, dia turut menawarkan lauk-pauk lain seperti rendang daging, kari sayuran, ayam goreng, sayur pak choy dan sebagainya.