Muhammad Nor Hakim Ahmad yang beraksi untuk pasukan Johor dalam kejohanan Ragbi Piala Agong 2026 mencuri tumpuan ramai selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti dengan jarak hampir 55 meter pada aksi pembukaan bertemu Putrajaya petang semalam.
Sepakan luar biasa itu bukan sahaja membantu Johor menguasai perlawanan yang akhirnya mencatatkan kemenangan 45-5, malah turut mendapat sorakan gemuruh daripada penyokong yang hadir di Stadium Olahraga Johor, Mount Austin.
Nor Hakim dilihat tenang ketika mengambil sepakan berkenaan sebelum bola meluncur tepat melepasi di antara tiang gol, sekali gus membuktikan keupayaannya sebagai antara pemain yang memiliki teknik sepakan terbaik dalam saingan tahun ini.
Sepakan Luar Biasa Nor Hakim
Menyempurnakan sepakan penalti memang perkara biasa bagi ‘kicker’ dalam sukan ragbi tetapi apa yang dilakukan Nor Hakim dalam jarak sukar memang wajar diberikan pujian.
View this post on Instagram
Aksi cemerlang pemain tersebut turut mendapat perhatian peminat ragbi tempatan di media sosial yang rata-ratanya memuji kekuatan kaki dan tahap keyakinannya walaupun melakukan percubaan dari jarak yang sukar. Ramai menyifatkan sepakan itu sebagai antara detik terbaik pada hari pembukaan kejohanan.
Malah, sepakan penalti hampir 55 meter itu turut mengingatkan peminat kepada beberapa kicker legenda dunia seperti Dan Carter (New Zealand), Jonny Wilkinson (England) dan Percy Montgomery dari Afrike Selatan yang terkenal dengan kemampuan melakukan sepakan jarak jauh di pentas antarabangsa.
Kempen Piala Agong 2026 yang bermula semalam akan berakhir pada 28 Jun.