Arsenal berkunjung ke Stadium Olimpik London untuk berdepan West Ham. Ini adalah perlawanan penting untuk kedua dua pasukan.

Ianya wajib menang untuk kedua dua pasukan. Arsenal mahu melebarkan jurang mata di puncak liga, sementara West Ham dalam misi menyelamatkan diri daripada penyingkiran.

Ianya perlawanan yang agak sukar untuk Arsenal. Di mana David Raya melakukan beberapa siri penyelamatan yang penting untuk Arsenal.

Setelah sekian lama mencuba, Arsenal akhirnya di hadapan menerusi gol oleh Leandro Trossard pada minit ke-83. Kredit kepad Matin Odegaard yang melakukan gerakan lincah sebelum mencipta peluang gol.

Trossard sekali lagi membuktikan dia adalah pemain yang kerap memberikan impak ketika diperlukan.

Pada masa kecederaan, Callum Wilson mencetak gol penyamaan setelah setelah situasi pergelutan dalam kotak penalti.

Pemain pemain Arsenal dan Mikel Arteta melakukan protes. VAR memeriksa sama ada berlaku kekasaran ke atas David Raya. Gol tersebut dibatalkan, dan peminat Arsenal kegirangan kerana lega dengan keputusan itu.

Tamat perlawanan West Ham 0, Arsenal 1. Arsenal kini kembali 5 mata di atas City. Sementara West Ham kekal di zon penyingkiran.