Saingan badminton Malaysia Masters 2026 sudah memasuki peringkat suku akhir dimana masih ada lagi wakil negara memburu peluang untuk muncul juara.

Seperti kebiasaan, kejohanan berstatus Super 500 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil yang nyata menggamit kehadiran ribuan peminat setia badminton negara.

Walaupun berstatus Super 500, namun kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai hampir RM2 juta.

Ini merupakan senarai lengkap hadiah yang tunai bakal dibawa pulang oleh para pemain dalam Malaysia Masters 2026:

Malaysia Masters 2026: Ini Jumlah Wang Bakal Diraih Pemain
Kredit Foto: BAM

Hadiah Keseluruhan Malaysia Masters 2026

$500,000 (RM1,982,716.68)

Tewas di pusingan kedua (Round of 16)

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $1,750 (RM6,939.22)

Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $1,875 (RM7434.88).

Tewas di suku akhir

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $3,000 (RM11,896.42) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $3,625 (RM14,374.85)

Tewas di separuh akhir

Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam acara perseorangan lelaki dan wanita akan menerima wang tunai bernilai $7,250 (RM28,749.70)

Manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula akan membawa pulang $7,000 (RM27,755.82)

Naib Juara

Naib juara bagi kesemua acara akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $19,000 (RM75,337.23).

Juara

Juara perseorangan lelaki dan wanita akan membawa pulang $37,500 (RM148,691.90) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $39,500 (RM156,622.14).