Lima wakil negara berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil.

Wan Arif Junaidi-Yap Roy King menjadi wakil pertama negara yang mengesahkan kemaraan selepas menundukkan rakan senegara, Kang Khai Xing-Aaron Tai 21-12, 22-20 dalam tempoh 30 minit.

K. Letshanaa kemudiannya melakar kejutan terbesar yang nyata menggembirakan penyokong setia negara dengan menundukkan pemain ranking kesembilan dunia dari Jepun, Tomoka Miyazaki 21-15, 21-17.

Malaysia Masters 2026: Senarai Wakil Negara Mara Ke Suku Akhir
Kredit Foto: BAM

Slot ketiga pula diisi pasangan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang menumpaskan rakan senegara, Chia Wei Jie-Teo Ee Yi 21-12, 21-14 dalam tempoh 29 minit.

Finalis edisi lalu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula tidak berdepan sebarang masalah untuk menewaskan gandingan Perancis, Julien Maio-William Villager 21-12, 21-10.

Manakala pasangan juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah dari Indonesia dengan kemenangan 21-19, 22-20.

Wakil Negara Di Suku Akhir Malaysia Masters 2026

1) K. Letshanaa

2) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King

3) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

4) Aaron Chia-Soh Wooi Yik

5) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei