Ronald Koeman mendedahkan bahawa di Belanda rakyat dan penyokong bola sepak mereka sangat toksik dan sentiasa berfikiran negatif ke atas skuad kebangsaan mereka yang bertanding di mana mana pentas antarabangsa.
Oleh sebab itu Koeman berusaha untuk mencipta suasana yang positif dia dalam kem kebangsaan mereka. Kerana suasana di luar kem mereka sangat tidak membantu mereka.
Orang Belanda toksik, kata Ronald Koeman
Koeman berkata: “Kami harus memastikan kami mencipta atmosfera yang positif di sini. Dengan positiviti yang ada ini akan membantu kami.
“Kerana perkara yang kami kekurangan adalah, sikap orang Belanda itu sendiri. Adakah saya peduli tentangnya? Ya, sebab orang Belanda ni terlalu toksik. Orang kami [Belanda] benar benar berfikiran negatif.”
🚨🗣️ 𝗡𝗘𝗪: Ronald Koeman: "A positive atmosphere is usually lacking in The Netherlands. We are negative people, we have a negative mindset." pic.twitter.com/rzeYYO14K6
— The Touchline | 𝐓 (@TouchlineX) May 25, 2026
Seterusnya pengurus Belanda, Ronald Koeman yakin pasukannya boleh menewaskan semua pasukan yang ada di Piala Dunia.
Dia menambah: “Kami mampu menewaskan semua pasukan di Piala Dunia. Namun tidak semua pasukan mampu mengalahkan kami.”
Belanda berada di kumpulan F yang turut dihuni oleh Jepun, Sweden dan Tunisia. Belanda akan membuka tirai kempen mereka menentang Jepun pada 14 Jun. Ianya pasti perlawanan yang sengit memandangkan Jepun menunjukkan kualiti mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.