Seorang pemilik kedai kecantikan kereta terkejut apabila ada mat saleh dari Belanda datang hantar keretanya untuk servis di kedai yang terletak di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Menerusi hantaran Facebook Nafal N A First, beliau mendapat mesej WhatsApp daripada seorang mat saleh yang menggunakan nombor telefon Belanda.

Baca Juga:

Dalam mesej itu, dia bertanya kepada pemilik kedai kecantikan Markas Projek Kilat untuk mendapatkan perkhidmatan pembersihan keretanya.

Sumber Gambar: Facebook Nafal N A First

“Hello, saya ada soalan mengenai kereta saya. Saya dan isteri sedang mengeliling dunia dengan kereta kami.

“Kami telah memandu dari Belanda hingga ke Malaysia dan akan menghantar kereta ke Dubai dalam masa tiga minggu lagi.

“Kami ada dengar kisah baik daripada kawan Malaysia mengenai perkhidmatan anda dalam restorasi dan coating bahagian bawah kereta. Sebagai tambahan, kami mahu bahagian enjin dibersihkan sepenuhnya.

“Kami akan melawat Singapura sekitar 4 hingga 10 November dan kami akan meninggalkan kereta kepada anda untuk beberapa hari,” petik mesej WhatsApp Marcel kepada Nafal.

Sumber Gambar: Facebook Nafal N A First

Menurut Nafal, pada awalnya beliau merasakan Marcel hanya ‘melawak’. Namun tidak sangka kereta Toyota 4Runner tiba di kedainya yang terletak di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Menerusi beberapa gambar dimuat naik, pasukan Markas Projek Kilat bertungkus-lumus membersihkan kereta Marcel yang sudah berjalan hampir 30,000 kilometer dari Belanda.

Sumber Gambar: Facebook Nafal N A First

Menerusi hantaran Instagram Marcel, Malaysia merupakan negara ke-21, sebelum jelajah dunianya berakhir di Singapura.

Beliau dan isteri tiba di negara ini sekitar akhir Oktober lalu dan selamat tiba di negara jiran pada minggu lalu. Jelajah dunia itu mengambil masa 232 hari.

Difahamkan pasangan suami isteri dari Belanda itu akan sambung jelajah mereka ke Timur Tengah sebelum pulang ke ibu negara mereka.