Badan pentadbir undang-undang bola sepak dunia, IFAB, dilaporkan sedang memperkenalkan beberapa perubahan peraturan baharu yang memberi fokus utama kepada kelancaran permainan dan pengurangan taktik melengahkan perlawanan.
Menurut laporan BBC Sport, beberapa peraturan ini dijangka memberi impak terus kepada cara pasukan menguruskan permainan terutama ketika situasi bola mati dan pertukaran pemain.
Dan perubahan perubahan ini bakal diimplementasi pada Piala Dunia 2026 yang akan datang.
Berikut 5 perubahan yang bakal diperkenalkan IFAB:
1. Lontaran ke dalam: Had masa 5 saat
Pemain yang sengaja melengahkan masa ketika melakukan lontaran ke dalam boleh dikenakan tindakan tegas. Jika dilihat melampau, sepakan akan diberikan kepada pasukan lawan sebagai penalti masa.
2. Sepakan gol: Had masa 5 saat
Peraturan sama turut diperkenalkan untuk sepakan gol. Jika penjaga gol atau pasukan cuba melengah-lengahkan permainan secara sengaja, pengadil boleh menghadiahkan sepakan sudut kepada pihak lawan.
3. Pertukaran pemain: 10 saat sahaja
Pemain yang digantikan perlu keluar dari padang dalam tempoh 10 saat di titik terdekat. Jika gagal, pemain gantian tidak dibenarkan masuk selama sekurang-kurangnya satu minit, dan pasukan perlu bermain dengan 10 pemain buat sementara.
4. Rawatan di luar padang: 60 saat
Pemain yang menerima rawatan daripada pasukan perubatan perlu berada di luar padang selama satu minit. Namun, terdapat pengecualian seperti untuk penjaga gol, kecederaan tertentu, atau jika lawan dikenakan kad kuning/merah.
5. Tutup mulut ketika provokasi: Boleh kena kad merah
IFAB turut memberi amaran terhadap tindakan pemain yang menutup mulut ketika bercakap dalam situasi konfrontasi dengan lawan. Tindakan itu boleh dianggap sebagai provokasi atau kelakuan tidak ada semangat kesukanan dan berpotensi dikenakan kad merah.
🚨 𝗕𝗥𝗘𝗔𝗞𝗜𝗡𝗚: FIFA have approved the "PRESTIANNI LAW".
Any player who covers their mouth while speaking to an opponent could be shown a straight red card.
This new rule is set to be implemented at the 2026 World Cup.
— @guardian pic.twitter.com/uOd1OROI0K
— The Touchline | 𝐓 (@TouchlineX) April 29, 2026
Perubahan-perubahan ini masih dalam penelitian dan dijangka akan diperincikan lagi sebelum dilaksanakan secara rasmi di pertandingan-pertandingan utama dunia.