Michail Antonio meletakkan kesalahan terhadap penyingkiran West Ham United daripada English Premier League (EPL) ke atas bekas pengurus, Graham Potter.

Bekas penyerang The Hammers tersebut mendakwa jurulatih itu secara sendirinya telah meruntuhkan struktur kepimpinan kelab.

Antonio percaya bahawa kegagalan Potter memahami ‘budaya’ dalaman kelab London Stadium tersebut telah membawa mereka ke arah kehancuran.

Michail Antonio Dedah Punca Kejatuhan West Ham

Michail Antonio tidak berselindung dalam penilaiannya tentang di mana segala-galanya mula menjadi salah.

Penyerang yang meninggalkan kelab pada Jun 2025 selepas mengalami kemalangan kereta yang mengubah hidupnya, secara terus menuding jari kepada pendekatan kejurulatihan Graham Potter sebagai pencetus kepada kejatuhan mendadak kelab itu

Kelab yang mengalami transisi daripada juara UEFA Conference League kepada pasukan yang tersingkir dari liga paling berprestij itu.

Graham Potter akhirnya dipecat pada akhir September 2025 selepas hanya memenangi enam daripada 25 perlawanan sepanjang tempoh beliau mengendalikan pasukan.

Penggantinya, Nuno Espirito Santo juga gagal mengubah nasib West Ham United, apabila beliau tidak mampu mengembalikan prestasi pasukan tersebut selepas mengambil alih tugas.

Menurutnya, perubahan di bawah Potter menjadi faktor utama yang membawa kepada kemerosotan dramatik West Ham United.

“Pada pandangan saya, Graham Potter datang dan cuba mengubah terlalu banyak perkara,” jelas Michail Antonio menurut sumber laporan Goal.

“Sebagai seorang pengurus, anda perlu datang dan memahami budaya kelab. Dan saya rasa dia tidak melakukannya. Dia datang, dan dia singkirkan semua pemain senior: saya, Lukasz Fabianski, Aaron Cresswell, Vladimir Coufal, Edson Alvarez – kapten Mexico.”

“Selepas dalam tempoh tiga, empat minggu membuang pemain-pemain itu dan musim pun bermula, perkara pertama yang dia kata ialah, ‘kami tiada pemimpin dalam bilik persalinan’. Bagaimana anda boleh kata tiada pemimpin dalam bilik persalinan kalau anda sendiri yang buang semua pemimpin itu?”

“Jadi bagi saya, ia memang Graham Potter yang meletakkan pasukan dalam keadaan yang sukar.”

“Saya fikir, jika mereka tersingkir, itu satu-satunya cara kelab itu akan benar-benar rasa kesannya, dan pemilik akan rasa. Tapi sekarang saya sudah lepaskan semua kekecewaan dan kemarahan itu, saya sebenarnya rasa kasihan kepada para pemain.”

“Saya sebenarnya mahu kelab itu berjaya sekarang. Sebelum ini saya hanya marah kepada segala-galanya,” tambah beliau lagi.