Manchester United menelan kekalahan kelima musim ini selepas tewas di tangan West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris kesembilan kedua dua pasukan.
Ini adalah musim ketiga berturut turut Man United kalah dalam kunjungan mereka ke markas West Ham.
2022-23: 1-0 loss
2023-24: 2-0 loss
2024-25: 2-1 lossFor the third straight season, Manchester United lose away at West Ham in the Premier League ๐ซ pic.twitter.com/fX1VNbFFOb
— B/R Football (@brfootball) October 27, 2024
Dalam aksi berlangsung di Stadium Olimpik London, Man United sekali lagi gagal menunjukkanย aksi lebih baikย di hadapan gol.
Diogo Dalot terlepas peluang keemasan daripada keadaan gawang ternganga luas.
๐ธ – HOW THE F*CK DOES DALOT NOT SCORE HERE! pic.twitter.com/uyexUcIAR2
— ๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐ (@TheEuropeanLad) October 27, 2024
West Ham kemudiannya di hadapan pada minit ke-74 menerusi Crycensio Summerville.
Man United bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan 7 minit kemudian menerusi Casemiro.
Matthijs De Ligt telah melakukan kesilapan mengasari lawan dalam kotak penalti. VAR mengesahkan penalti kepada West Ham.
Pemain antarabangsa England Jarrod Bowen tidak ada masalah menewaskan Andre Onana dari titik penalti. Gol itu terhasil minit ke-90+2.
Man United cuba menyelamatkan 1 mata pada minit minit akhir permainan. Namun gagal. Dan kekalahan ini jelas memberikan tekanan lebih kuat kepada Erik Ten Hag.
Ini selepas dia sebelum ini gagal mencapai sebarang kemenangan dalam kempenย Eropah. Dan United terus bergelut dengan prestasi pada awal musim ini. Mereka masih berada di luar 10 teratas dalam carta liga.
Man United hanya menang sekali dalam 8 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan musim ini.
One win in their last 8 games in all competitions
Erik Ten Hag ball???? pic.twitter.com/vfCuv6l0aY
— Naija (@Naija_PR) October 27, 2024