Bekas bintang Amerika Syarikat, Taylor Twellman menimbulkan persoalan mengenai pengaruh Cristiano Ronaldo dalam pasukan kebangsaan Portugal bagi menghadapi Piala Dunia 2026.

Penyerang veteran Portugal itu sedang bersiap menghadapi apa yang mungkin merupakan penampilan terakhirnya di Piala Dunia.

Dalam masa sama Ronaldo juga sedang memburu satu-satunya trofi utama yang masih belum dimilikinya, namun Twellman berpendapat bahawa kehadirannya mungkin sebenarnya mengganggu skuad Portugal yang dipenuhi pemain bertaraf dunia.

Menjelang Piala Dunia 2026, perdebatan mengenai kepentingan Cristiano Ronaldo dalam pasukan kendalian Roberto Martinez telah mencapai tahap kritikal.

Lebih Baik Cristiano Ronaldo Di Bangku Simpanan

Walaupun beliau memegang status sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam bola sepak antarabangsa, Taylor Twellman, berpendapat bahawa Selecao mungkin lebih baik jika meletakkan kapten mereka itu di bangku simpanan.

“Ini adalah pasukan terbaik yang pernah dimiliki Ronaldo di sekelilingnya untuk Portugal ke Piala Dunia.”

“Saya rasa Portugal berada pada tahap terbaik mereka jika dia tidak bermain,” ujar Twellman menurut sumber laporan Goal.

Hujah untuk menurunkan kesebelasan tanpa Ronaldo berpunca daripada kedalaman [depth] skuad Portugal yang sangat mengagumkan pada masa ini.

Tidak seperti kejohanan sebelum ini apabila beban jaringan gol hampir sepenuhnya dipikul oleh CR7, Roberto Martinez kini mempunyai banyak pilihan termasuk Bruno Fernandes, Bernardo Silva dan Rafael Leao.

Pasukan itu juga memiliki kekuatan serangan tambahan melalui pemain seperti Goncalo Ramos dan Pedro Neto, sekali gus menunjukkan barisan serangan mampu berfungsi dengan baik tanpa kehadiran bintang berusia 41 tahun itu.

Dari segi pertahanan, skuad ini juga sangat mantap. Dengan Ruben Dias mengetuai benteng pertahanan bersama Nuno Mendes dan Joao Cancelo, Portugal mempunyai asas yang banyak dicemburui oleh jurulatih pasukan lain.

Kekuatan kolektif ini telah membawa kepada pandangan bahawa pasukan itu perlu beralih kepada sistem permainan yang lebih fleksibel dan berintensiti tinggi (high-pressing), yang mungkin tidak sesuai dengan profil fizikal semasa Cristiano Ronaldo.

 

Sumber