Berita kurang enak untuk peminat tegar Neymar, kerana kem Carlo Ancelotti ketika ini sedang mempertimbangkan untuk menyingkirkan pemain itu dari skuad Piala Dunia 2026.

Beberapa minggu lalu Ancelotti mengumumkan nama Neymar sebagai sebahagian daripada 26 pemain yang akan mewakili Brazil di Piala Dunia.

Namun situasinya kemudian menjadi rumit. Apabila pemain itu mengalami kecederaan ketika berlatih dengan Santos.

Kem Santos memaklumkan bahawa kecederaan Neymar cuma bengkak kecil di bahagian betis.

Namun doktor CBF dan kem Ancelotti mengesyaki ada sesuatu tidak kena. Dan mereka merasakan bahawa Santos cuba menyembunyikan status sebenar kecederaan pemain itu.

Mereka mengesyaki Neymar mengalami kecederaan lebih teruk daripada sekadar ‘bengkak’ kecil seperti didakwa Santos.

Nyemar kini disahkan akan terlepas aksi pemanas badan sebelum Piala Dunia. Menjadikan dia pemain yang masih belum pernah beraksi dalam skuad Ancelotti setakat ini.

Dan kini CBF memberikan Neymar tempoh sehingga 12 Jun untuk membuktikan dia benar benar cergas, bagi membolehkan dia kekal dalam skuad Brazil.

Jika gagal, Neymar berisiko akan disingkirkan dan digantikan dengan pemain dari senarai simpanan. Antara nama yang paling realisitik menggantikan Neymar ialah Joao Pedro.

Namun ianya bukan keputusan mudah untuk Ancelotti. Kerana Neymar adalah ikon bola sepak Brazil. Wartawan Sportv, Joanna De Assis, mengibaratkan, jika Neymar gagal ke Piala Dunia, ia ibarat kisah Romario satu ketika dahulu. Di mana Romario juga gagal ke Piala Dunia setelah mengalami kecederaan sebelum kejohanan bermula.