Pakar perpindahan Eropah, Fabrizio Romano mengesahkan bahawa Liverpool dan Arne Slot sudah membuat keputusan tentang masa depan pengurus itu.

Slot menerima kritikan hebat selepas musim yang dianggap mengecewakan. Padahal dia sudah diberikan sokongan kewangan yang kuat pada musim lalu.

Keputusan memecat Arne Slot dibuat selepas penilaian prestasi dibuat oleh pengurusan tertinggi yang ternyata tidak berpuas hati dengan pencapaian Arne Slot.

Liverpool dalam kenyataan rasminya berkata: “Liverpool FC mengesahkan bahawa Arne Slot akan meninggalkan jawatannya sebagai ketua jurulatih berkuat kuasa serta-merta, dan proses untuk melantik pengganti kini sedang dijalankan.

“Beliau meninggalkan kelab dengan satu gelaran Liga Perdana Inggeris atas namanya, selain penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada kami atas segala sumbangan serta dedikasinya sepanjang bersama kelab.”

Kini nama Andoni Iraola disebut sebagai antara calon utama yang boleh menggantikan Arne Slot di Anfield.

Sejak menyertai Liverpool, Slot terus membantu skuad itu menjuarai Liga Perdana Inggeris pada musim debutnya 2024/25. Ketika itu Slot datang sebagai pengganti kepada Jurgen Klopp.

Musim ini Slot dan Liverpool terlepas kesemua trofi dan bergelut untuk menempatkan diri dalam slot ke UCL untuk musim hadapan.

Gaya permainan bola sepak Slot musim ini juga kerap dikritik peminat dan juga legenda kelab, Mohamed Salah yang terbuka menyatakan bahawa dia mahu Liverpool kembali bermain bola sepak Heavy Metal seperti sebelum ini.