PSG bertemu dengan Arsenal pada aksi final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2025/26.

PSG dalam misi mempertahankan kejuaraan mereka. Sementara Arsenal memburu kejuaraan UCL pertama dalam sejarah kelab mereka.

Kedua dua pasukan juga dalam misi menamatkan musim dengan kejuaraan berganda selepas menjuarai liga domestik.

Ketika aksi baru berusia 6 minit, Kai Havertz meletakkan Arsenal di hadapan dengan gol daripada sudut agak sukar.

Kai Havertz melepasi perangkap ofsaid lawan dan melepaskan rembatan deras menewaskan Safonov.

Tersentak dengan gol tersebut, PSG segera memburu gol penyamaan. PSG tampil dengan sangat dominan sehingga satu ketika mereka menguasai lebih 75% perlawanan.

Arsenal mulai fokus kepada bertahan dan berkampung di kawasan sendiri.

Walaupun menguasai sebahagian perlawanan, namun PSG bergelut untuk mencipta peluang gol.

Peluang terbaik mereka adalah menerusi rembatan deras Fabian Ruiz yang termuntah dafiapda dakapan David Raya namun tiada ancaman susulan dilakukan.

Separuh masa pertama berkahir PSG 0 Arsenal 1.

Masuk separuh masa kedua, Achraf Hakimi menguji Raya dengan sepakan percuma deras. Tetapi Raya menangkap kemas.

Pada minit ke-62, pengadil memberikan penalti kepada PSG selepas Mosquera menjatuhkan Kvaratshkelia.

Gabriel Sepak Tinggi, PSG Juara UCL, Arsenal Gagal Tamatkan Badi

VAR mengesahkan penalti dan ianya disempurnakan dengan tenang oleh pemain terbaik dunia, Ousmane Dembele pada minit ke-65.

Tidak lama kemudian, berpunca daripada satu serangan balas pantas, Kvicha Kvaratshkelia melakukan rembatan deras yang terkena tiang.

David Daya kemudian menafikan peluang 1 lawan 1 Barcola.

Pada lewat masa kecederaan Barcola sekali lagi mempersia-siakan peluang keemasan miliknya. Aksi 90 minit berakhir 1-1 dan akan berlarutan ke masa ekstra.

Arsenal meminta sepakan penalti selepas Madueke dijatuhkan namun tidak diberikan pengadil.

Aksi 120 minit masih terikat 1-1. Dan perlawanan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Pada penentuan sepakan penalti, PSG berjaya menewaskan Arsenal. Pada kedudukan 4-3 setelah Eze dan Nuno Mendes gagal dalam tugasan mereka, Gabriel Maghalhaes pula merembat tinggi.

PSG berjaya mempertahankan kejuaraan mereka. Sementara Arsenal terus gagal dalam misi UCL mereka.

Gabriel Sepak Tinggi, PSG Juara UCL, Arsenal Gagal Tamatkan Badi