Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Jepun dan Iceland menjelang Piala Dunia 2026 menyaksikan berlakunya situasi unik apabila seorang pemain Iceland menjadi antara pemain pertama yang dikenakan tindakan di bawah peraturan baharu FIFA berkaitan proses pertukaran pemain.
Peraturan tersebut sebahagian daripada peraturan yang akan dikuatkuasakan FIFA ketika Piala Dunia 2026 akan datang.
Hlynsson mangsa pertama peraturan 10 saat
Insiden tersebut berlaku pada minit ke-84 ketika Iceland melakukan dua pertukaran pemain.
Pemain tengah, Kristian Nørkær Hlynsson, diarahkan keluar melalui garisan atau titik keluar dalam masa 10 saat daripada paling hampir dengan kedudukannya di atas padang, selaras dengan peraturan baharu yang diperkenalkan oleh FIFA dan IFAB bagi mengurangkan taktik melengah-lengahkan masa.
Namun, Hlynsson dilihat mengambil masa untuk meninggalkan padang apabila beliau berjalan dan berjoging ke arah kawasan pertukaran tanpa mematuhi arahan pengadil untuk keluar segera di lokasi terdekat.
Dia malah sempat berbalah dengan pengadil dan cuba mengambil seberapa banyak masa yang boleh untuk dilengahkan.
Akibat tindakan itu, pengadil menghalang pemain gantian daripada memasuki padang serta-merta. Rakannya di tepi padang pun menunjukkan reaksi kecewa dengan Hlynsson yang tidak cakna dengan peraturan baharu itu.
Mengikut peraturan baharu, pasukan yang pemainnya gagal meninggalkan padang dalam tempoh ditetapkan akan bermain dengan 10 orang pemain buat sementara waktu sebelum pemain gantian dibenarkan masuk.
Ironinya, Jepun berjaya memanfaatkan kelebihan jumlah pemain tersebut apabila mereka menjaringkan gol kemenangan pada penghujung perlawanan, sekali gus menghukum Iceland yang terpaksa beraksi dengan kekurangan seorang pemain ketika fasa penting permainan.
Kemenangan Jepun ini dianggap sangat penting untuk FIFA menilai bahawa peraturan ini benar benar bagus untuk diimplementasi.
Ojo a esto que pasó hoy en Japón-Islandia.
Hlynsson se demoró más de 10 segundos en salir de la cancha y el árbitro aplicó la NUEVA REGLA: Islandia jugó UN MINUTO con uno menos.
Y justo ahí fue el gol de Japón.
En el Mundial dará que hablar. ⚠️🏆 pic.twitter.com/U90nnF3mxU
— Ataque Futbolero (@AtaqueFutbolero) May 31, 2026
Sebahagian Peraturan Baharu Menjelang Piala Dunia 2026
Peraturan yang diuji dalam beberapa perlawanan antarabangsa dan kejohanan FIFA itu bakal digunakan secara lebih meluas menjelang Piala Dunia 2026. Antara perubahan utama adalah:
1. Had masa lima saat untuk lontaran ke dalam (throw-in)
Pemain perlu melakukan lontaran ke dalam dalam tempoh lima saat. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan penguasaan bola diberikan kepada pasukan lawan.
2. Had masa lima saat untuk sepakan gol (goal kick)
Pasukan tidak dibenarkan melengah-lengahkan permainan ketika mengambil sepakan gol. Jika sengaja membuang masa, tindakan disiplin atau keputusan yang memihak kepada lawan boleh dikenakan.
Piala Dunia 2026: Lontaran Ke Dalam 5 Saat Antara 5 Peraturan Baru IFAB Untuk Kekang ‘Time Wasting’
3. Tempoh 10 saat untuk pertukaran pemain
Pemain yang digantikan perlu meninggalkan padang melalui garisan paling hampir dalam tempoh 10 saat. Jika gagal, pemain gantian tidak dibenarkan masuk serta-merta dan pasukan berkenaan perlu bermain dengan seorang pemain kurang buat sementara waktu.
4. Rawatan kecederaan di luar padang
Pemain yang menerima rawatan perlu berada di luar padang untuk tempoh tertentu sebelum dibenarkan masuk semula, kecuali dalam situasi khas yang ditetapkan pengadil.
5. Tindakan lebih tegas terhadap provokasi sambil menutup mulut
Ia juga digelar Prestianni law, di mana pemain yang melakukan provokasi melampau atau tindakan tidak ada semangat kesukanan sambil menutup mulut berisiko dikenakan kad kuning atau kad merah bergantung kepada tahap kesalahan.
Insiden melibatkan Hlynsson itu menunjukkan bagaimana kegagalan memahami peraturan baharu boleh memberi kesan besar kepada keputusan perlawanan, terutama ketika pasukan berada dalam situasi kritikal pada penghujung permainan.