Siaran TV Canal+ di Perancis berkongsi video ketika Bukayo Saka yang terpinga pinga apabila pengadil meniup wisel menandakan tamat separuh masa pertama.
Sedangkan ketika itu Bukayo Saka mahu mengambil sepakan penjuru. Di mana kebiasaan pengadil akan membenarkan sepakan penjuru diambil pada masa kcederaan walaupun sudah melepas waktu minimum masa kecederaan diberikan.
Dalam ulang siar tersebut, kelihatan sebelum sepakan penjuru berlaku, pemain pemain Arsenal melengahkan perlawana ketika lontaran ke dalam. Di mana terdapat 3 pemain bertukar tukar bola sebelum lontaran ke dalam diambil.
Pengadil dilihat meminta pemain pemain Arsenal tidak melengahkan perlawanan. Di mana ketika itu Arsenal sedang mendahului 1-0.

Tidak lama selepas itu Arsenal memenangi sepakan penjuru. Sekali lagi Bukayo Saka melengahkan waktu untuk mengambil sepakan penjuru tersebut walaupun pengadil sekali lagi meminta Saka menyegerakannya.
Namun Saka dilihat tidak mengendahkan arahan tersebut. Dan akhirnya pengadil terus meniup wisel penamat separuh masa pertama yang membuatkan Bukayo Saka terpinga pinga mempersoalkan tindakan pengadil.
Perkara tersebut turut dibantah oleh pemain-pemain Arsenal serta penyokong mereka. Namun pengadil terus mengarahkan pemain pemain masuk ke bilik persalinan.
Lihat video di sini:
Saka qui fait semblant de ne pas comprendre pourquoi l’arbitre a sifflé la mi-temps… mdr pic.twitter.com/vt6kPXHlDt
— PSG🥇 (@SalihouBeye) June 2, 2026
Apa pandangan anda? Adakah anda rasa pengadil membuat keputusan betul?