Skuad kebangsaan Malaysia akan turun menentang China dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong pada 8.00 malam ini.
Ia merupakan tugasan getir buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu selepas majoriti pemain utama dari Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak dibawa ke China. Enam pemain dari Selangor juga tidak dapat digunakan pada kali ini.
Namun, ia memberikan peluang kepada barisan pemain lain untuk menggalas tanggungjawab negara dalam usaha melonjakkan ranking skuad Harimau Malaya.
Info Siaran Langsung Malaysia vs China
Malaysia lawan China
Sepak mula: 8:00 malam, 14 November 2026 (Sabtu)
Tempat: Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong
Siaran Langsung: Astro Arena Bola 803 & Saluran SUKAN+ RTM
Astro Arena bukan merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang bakal menyiarkan siaran langsung aksi ini, malah ia boleh ditonton di saluran SUKAN+ RTM.
Sehubungan dengan itu untuk menyaksikan di laptop, komputer dan telefon pintar, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go, Sooka dan laman sesawang rasmi RTMKlik untuk menyaksikan secara ‘Live Streaming’.
Aksi terakhir melibatkan kedua-dua pasukan menyaksikan keputusan seri dicatatkan. Faisal Halim membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 tetapi Lin Liangming menyamakan kedudukan pada minit ke-36 untuk keputusan berakhir dengan terikat 1-1.