Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa simpati dan menitipkan doa buat Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menerusi satu perkongsian di platform X, beliau memaklumkan telah menerima perkhabaran mengenai keadaan kesihatan tokoh sastera yang mesra disapa sebagai Pak Samad itu.
Dalam hantaran berkenaan, Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta keluarga mendoakan agar Pak Samad dikurniakan keafiatan dan kesembuhan segera daripada segala kesakitan yang dialaminya.
Menerima perkhabaran mengenai keadaan kesihatan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said (Pak Samad), yang kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Saya, Azizah dan keluarga mendoakan agar Allah SWT mengurniakan keafiatan, mengangkat segala kesakitan dan memberikan kesembuhan… pic.twitter.com/ecWKwJZquD
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) November 24, 2026
Beliau turut menyifatkan Pak Samad sebagai sosok budayawan yang mempunyai jasa amat besar dalam pembangunan dunia kesusasteraan tanah air.
Selain itu, Perdana Menteri turut mendoakan agar seluruh ahli keluarga Sasterawan Negara tersebut terus dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menempuh ujian kesihatan itu.