Setelah diberikan teaser pada minggu lalu, kini bukan rahsia lagi untuk pengenalan model OPPO Reno10 Pro+ 5G yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia sebentar tadi.

OPPO Reno10 Pro+ 5G merupakan model terbaharu yang tampil dengan rekaan premium bersama spesifikasi mantap lebih-lebih lagi pada bahagian kameranya. Selaras dengan pelancarannya, kami turut diberi peluang untuk mencuba sendiri peranti OPPO Reno10 Pro+ 5G selama seminggu lebih.

Baca Juga:

Prestasi harian yang mantap
Sumber Gambar: The Vocket

OPPO Reno10 Pro+ 5G dilengkapi dengan skrin melengkung berukuran 6.7-inci AMOLED 3D yang mampu menawarkan paparan visual yang vibran dan imersif. Ditambah dengan sokongan refresh rate 120Hz yang menjadikan animasi dan juga pelayaran yang lancar menerusinya.

Selain itu, penggunaan cip Snapdragon 8+ Gen 1 berserta memori 12GB RAM bakal meningkatkan efficiency dan lebih berkuasa untuk melakukan sejumlah perkara seperti menulis, mendengar musik sambil bertukar aplikasi ke pelbagai aplikasi lain secara serentak.

Sumber Gambar: The Vocket

Pada bahagian speaker pula, anda boleh menikmati kualiti audio yang baik dan realistik dengan tahap kelantangan yang bagus. Dengan ini, anda boleh melayan filem atau muzik dengan baik menerusinya tanpa perlu bergantung pada earbuds semata-mata.

Pengecasan pantas yang luar biasa
Sumber Gambar: The Vocket

Biarpun bateri sebesar 4,700mAh yang dibekalkan sudah mampu bertahan untuk penggunaan sepanjang hari, pihak OPPO sedia menawarkan sokongan pengecasan pantas 100W SUPERVOOC untuk peranti ini.

Anda boleh mengisi penuh bateri peranti dalam masa sepantas 27 minit sahaja dengan menggunakan pengecas yang disediakan. Di dalam senario harian, kami boleh mengecas penuh peranti ini sementara mahu bersiap pergi ke pejabat di pagi hari.

Pengalaman fotografi yang memukau
Sumber Gambar: The Vocket

Seperti yang diperkatakan, siri OPPO Reno10 kali ini memperlihatkan kehebatan fotografi dengan penaik tarafan teknologi kameranya. Dengan berbekalkan lensa utama 50MP dan juga 64MP untuk telefoto potret baharu, gambar yang dihasilkan tampak lebih profesional.

Apa yang mengejutkan kami adalah kemampuan zum kamera dalam menangkap visual daripada jarak jauh yang mana dapat mengekalkan detail dan warna subjek dengan baik. Dengan sumber cahaya yang mencukupi, setiap sesi pengambaran anda akan mendapat hasil yang mantap.

Sumber Gambar: The Vocket
Sumber Gambar: The Vocket
Sumber Gambar: The Vocket
Sumber Gambar: The Vocket
Sumber Gambar: The Vocket

Malah, kami dimaklumkan kamera telefoto potret model ini merupakan telefoto periskop dengan spesifikasi tertinggi pertama yang pernah tersedia pada telefon pintar setakat ini. Anda boleh lihat sendiri hasil gambar OPPO Reno10 Pro+ ini tanpa sebarang suntingan.

Untuk video, ia mempunyai penstabilan OIS dan EIS untuk 1080P 60fps. Malah, peranti ini boleh merakam sehingga 4K 60fps.

Pelbagai ciri menarik untuk produktiviti seharian
Sumber Gambar: The Vocket

Antara ciri lain yang kami dapati sangat berguna adalah IR blaster yang mana berfungsi sebagai remote controller tambahan di hujung jari. Ciri NFC juga memudahkan urusan untuk menambah nilai kad TNG NFC dan seumpamanya.

Terdapat fungsi multi-skrin yang sangat membantu sewaktu melakukan tugasan lalu berpindah ke peranti lain dengan mudah. Bahkan, peranti ini hadir dengan fungsi sekuriti yang bakal menjamin keselamatan data anda daripada ancaman penggodam.

Secara peribadinya, OPPO Reno10 Pro+  5G sangat berbaloi didapatkan kerana hadir sebagai satu set lengkap untuk daily driver. Selain rekaan yang premium, spesifikasi dalaman dan kamera sangat relevan untuk kegunaan dua ke tiga tahun mendatang.

Buat anda yang berminat, OPPO Reno10 Pro+  5G ini boleh didapatkan pada harga RM3,499 dengan dua pilihan warna iaitu kelabu dan unggu. Tunggu apa lagi dapatkan segera sementara stok masih tersedia di Shopee dan Lazada.