Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan berkhalwat yang dilakukan pada 9 Mac 2024 yang lalu.
Kedua dua pasangan tersebut berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27(b) akta yang sama yang membawa kepada denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih daripada 2 tahun atau kedua duanya sekali.
Mereka ditangkap khalwat di sebuah kediaman kondominium pada Mac lalu.
Aliff Aziz dan Ruhainies tampil sedondon ke mahkamah pada hari ini. Dan mereka diminta untuk membuat pengakuan di atas pertuduhan tersebut di hadapan hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.
Aliff Aziz dalam pengakuannya berkata dia faham segala pertuduhan yang dibacakan ke atasnya dan dia mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut.
Perkara yang sama dibuat oleh Ruhainies dan memohon untuk dibicarakan.
Mahkamah menangguhkan perbicaraan kepada 12 Oktober hadapan dengan bon jaminan RM1,500 kedua dua mereka juga dilanjutkan.
Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah, bon jaminan RM 1500 dilanjutkan
Kredit: @xtra_my #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ pic.twitter.com/LLuUOvSrEK
— Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976) July 3, 2024
Beberapa minggu lalu, Aliff Aziz bercerai dengan Bella Astillah. Punca keretakan rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah adalah kes khalwat ini.
Ruhainies merupakan kawan baik kepada Aliff Aziz dan Bella Astillah. Mereka sudah lama berkenalan memandangkan Aliff Aziz beberapa kali bekerjasama dengan Ruhainies dalam drama.
Aliff Aziz dan Ruhainies konsisten menyatakan bahawa mereka tidak bersalah dalam pertuduhan ke atas mereka.