Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dan pasangannya yang dipercayai seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di sini, hari ini.
Difahamkan, tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam dan pasangan selebriti yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.
Baca Juga:
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
Menurut laporan, JAWI memulakan operasi pada jam 10.30 malam dan mengetuk pintu rumah serta menunggu selama hampir tiga jam.
Pihak JAWI terpaksa meminta bantuan bomba namun Aliff akhirnya akur selepas dimaklumkan pintu rumah tersebut akan dipecahkan jika mereka tidak memberikan kerjasama.
@melodiberapi Alamak buat ape Bella pagi-pagi buta di Pejabat Agama Islam ini?? 🔥🔥🔥 #meloditv3 #ceritaartismalaysia #bellaAstillah #fypシ゚viral🖤tiktok #panas 🔥🔥🔥
Pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat Jawi dengan menaiki sebuah kenderaan lain untuk proses selanjutnya. Terdahulu, Bella Astillah bersama adiknya terlihat berada di pejabat agama pagi tadi dan Bella dilihat masih berada dalam keadaan terkejut.