Sebelum ini, Aliff Aziz pernah curang terhadap isteri dan kini muncul pula dakwaan bahawa dirinya kembali buat hal apabila didakwa keluar dengan wanita lain.

Susulan itu, Aliff dalam satu kenyataan menerusi satu laporan telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan menegaskan bahawa ianya tidak benar.

Baca Juga:

Tambahnya, dia berasa terkejut apabila mengetahui akan khabar angin tersebut dan mengatakan bahawa isterinya, Bella Astillah mengetahui akan setiap aktiviti hariannya.

“Saya rasa orang yang nampak tersalah kot. Might be my cousin. Jadi saya dan Bella pun terfikir siapa individu yang dimaksudkan tu.

“Mungkin selepas ini jika saya keluar dengan siapa-siapa kena buat Instagram Story.” kata Aliff.

Justeru itu, sebagai seorang selebriti, dia mengakui hal-hal seperti ini memang tidak dapat dihindar tetapi asalkan dirinya tahu tidak bersalah maka dia enggan mengambil pusing isu tersebut.