Red Weekend kembali pada 2023 yang diadakan serentak semua cawangan Ducati di seluruh negara pada 2 hingga 3 Disember ini.

Selaras dengan penganjuran promosi mega itu, Ducati Malaysia menawarkan rebat tunai menarik untuk motosikal baharu.

Baca Juga:

Menurut Ducati Malaysia, pelanggan Ducati bakal menikmati diskaun sehingga 55 peratus untuk alat ganti tulen, aksesori Ducati Performance dan pakaian rasmi.

Tidak cukup dengan itu, motosikal ‘demo’ turut ditawarkan kepada pelanggan yang berminat untuk memiliki model tertentu pada harga yang sangat kompetitif.

Selain boleh meninjau model yang ingin dimiliki semasa acara Red Weekend, pelanggan juga boleh menyertai sesi tunggang uji motosikal Ducati, sekali gus membolehkan mereka merasai pengalaman sebenar memiliki jentera, sebelum memutuskan pembelian.

“Kunjungi Cawangan Ducati di seluruh negara seperti Petaling Jaya, Sungai Buloh, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang untuk melihat sendiri tawaran Ducati Malaysia,” katanya — Berita Harian.

Sumber