Baru-baru ini Ducati Malaysia dengan rasminya memperkenalkan Ducati Streetfighter V4 Lamborghini untuk pasaran tempatan.

Motosikal itu merupakan hasil kolaborasi dua jenama kenderaan berprestasi tinggi Itali; Ducati dan Lamborghini. Hanya 630 unit sahaja dihasilkan untuk pasaran seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kami berbangga kerana 2 daripada motosikal ini berada di Malaysia. Ducati Streetfighter V4 Lamborghini bukan sekadar motosikal; ia adalah simbol sejarah yang kaya dan semangat yang dikongsi bersama untuk inovasi antara Ducati dan Lamborghini.

“Ia juga menunjukkan bahawa pemilik dan peminat Ducati Malaysia kita adalah antara yang paling bersemangat di dunia,” kata Dennis Michael, Ketua Pegawai Operasi Ducati Malaysia.

Sumber Gambar: Ducati Malaysia

Rekaanya yang sporty dan sleek diambil daripada filosofi kereta Lamborghini Huracán STO (Super Trofeo Omologata). Motosikal itu mempunyai tekstur dan kemasan carbon fiber yang sama pada supercar enjin V10 tersebut.

Beberapa bahagian pada motosikal menyerupai kereta itu seperti pelindung lumpur hadapan, belly pan, penutup sisi tangki bahan api dan penutup tempat duduk penumpang, semua intake vents dan airflow ducts sama seperti Huracán STO.

Sumber Gambar: Ducati Malaysia

Daripada segi prestasi pula, model edisi terhad ini menawarkan 208hp hasil dari enjin Desmosedici Stradale 1,103cc yang sama diguna pakai pada Panigale V4.

Enjin Stradale kini lengkap dengan racing-derived dry clutch dan silencer titanium yang diluluskan Akrapovic dan carbon fiber sebagai peralatan standard.

Sumber Gambar: Ducati Malaysia

Bagi menimbulkan lagi keunikkan motosikal ini, ia hadir dengan livery yang menampilkan logo ikonik STO dan nombor 63, memberi penghormatan kepada tahun penubuhan Lamborghini.

Manakala warnanya menggunakan warna ikonik STO; hijau ‘Verde Citrea’ dan aksen kontra merah ‘Arancio Dac’.

Sumber Gambar: Ducati Malaysia

Semasa acara pelancaran yang diadakan di Ducati Kuala Lumpur, unit pertama Ducati Streetfighter V4 Lamborghini di Malaysia telah diserahkan kepada pemiliknya, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Pengeluaran yang terhad memastikan eksklusiviti untuk penunggang arif yang mencari gabungan gaya yang tiada tandingan dan prestasi dinamik.

Harga rasmi untuk sebuah motosikal edisi terhad di Malaysia ini adalah RM460,900 dan tidak termasuk kos-kos lain.