‘A Quiet Place 2’ bakal memeriahkan lagi industri perfileman antarabangsa sekaligus diharapkan untuk meraih beberapa lagi anugerah berprestij seperti sebelumnya menerusi filem pertama, ‘A Quiet Place’. Kini sekuelnya, ‘A Quiet Place 2’ dikhabarkan akan memulakan penggambaran pada musim panas ini, sekitar bulan Jun di New York.

Filem yang diarahkan oleh John Krasinski menjadi fenomena tahun lepas yang menampilkan kelainan daripada filem lain seperti penggunaan bahasa isyarat hampir 90% daripada keseluruhan filem ini.

keyvisual

Menariknya, pelakon kanak-kanak Millicent Simmonds sebagai anak kepada pasangan ini sememangnya seorang pelakon kelainan upaya pendengaran yang membuatkan interaksi dalam filem ini kelihatan lebih realistik.

Filem ini turut dibintangi oleh isteri John Krasinski sendiri, Emily Blunt dan dikhabarkan beliau bakal membintangi ‘A Quiet Place 2′ selaku bintang utama.’A Quiet Place 2’ dijadualkan bakal ditayangkan pada 15 May 2020 nanti.

Sumber