Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meminta bantuan polis bagi mengesan suami pelakon Fatin Afeefa, dikenali Opai bagi membantu siasatan susulan penggunaan nombor pendaftaran ‘QPA1’ yang bukan didaftarkan atas kereta McLaren miliknya.
Menerusi laporan, Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata bahawa sehingga kini lelaki itu belum hadir ke Pejabat JPJ untuk dirakam keterangan selepas notis panggilan temu siasat diserahkan.
Baca Juga:
- ‘JPJ Tak Ada Panggil Saya’ – Ini Respon Suami Fatin Afeefa Selepas Didakwa Langgar Undang-Undang
- ‘Opai Baik Orangnya, Beli McLaren Untuk Bantu Saya’ – Pemilik Sebenar Tampil Jelaskan Status Kereta
- ‘Kaunter Minta Maaf Dibuka Sekarang’ – Opai Mahu Nama Penuh Untuk Beliau Ampunkan Dosa Fitnah
“Kita sudah menyerahkan notis itu ke alamat rumahnya namun selepas 14 hari dia tidak datang.” ujar Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur.
Tambahnya, pihaknya akan meminta bantuan pihak polis kerana mereka ada kuasa untuk mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah. Malah, tindakan Opai mengabaikan notis itu dianggap sebagai mencabar JPJ.
Terdahulu, JPJ Kuala Lumpur telah menggesa agar Opai tampil membuat laporan dan Opai dalam satu kenyataan di sebuah video menafikan dakwaan dia dipanggil pihak berkuasa.