Pemandu bas sekolah dan influencer, yang dikenali sebagai Abang Bas kini dituduh sekali lagi kerana dakwaan membuat hantara konten jelik tentang kanak kanak berusia 9 tahun dengan kapsyen ‘crush’ kepada kanak kanak tersebut.
Ini berikutan proses pertuduhan sebelum ini yang dibuat pada Selasa, menurut sumber Awani.

Pada Khamis, Abang Bas didakwa di mahkamah dengan dia sempat membuat mini love kepada wartawan yang mengambil gambarnya.
Tertuduh berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan ke atasnya yang dibacakan di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Salleh.
'Abang bas' didakwa lagi
Pemandu bas yang ditahan selepas memuat naik rakaman video penumpangnya yang merupakan murid sekolah rendah sebagai orang kesayangan atau 'crush' sempat memberikan 'mini love' di Mahkamah Sesyen, Batu Pahat pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor… pic.twitter.com/N9LJwssR3m
— SinarHarian (@SinarOnline) September 12, 2024
Konten ‘crush’ dengan kanak kanak itu didapati dimuatnaik dalam keadaan sedar. Kini tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(3).
Akta yang sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Selepas mendengar hujah daripada kedua dua pihak, hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000.000. Dan jaminan tersebut adalah bersyarat tambahan. Di mana tertuduh harus melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Mahkamah memberikan kebenaran seperti diminta pihak pendakwaan yang mahu memindahkan kes ini ke Sesyen Muar selari dengan Sesyen 165 Kanun Tatacara Jenayah. Dengan tarikh 10 Oktober ditetapkan sebagai tarikh untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes.