Peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar mendakwa abang bas tidak tahu maksud sebenar ‘crush’ menurut rakaman video yang tular di media sosial.
Abang Bas sebelum ini dihadapkan ke mahkamah di Muar atas dua pertuduhan, salah satunya ialah menggunakan aplikasi TikTok dengan menghantar komen jelik dalam videonya.
Baca Juga:
- Keluarga Abang Bas Mahu Saman Netizen Dan Selebriti
- Kutipan Derma Untuk Bayar Ikat Jamin Abang Bas Dapat Sambutan Meriah Netizen
- Abang Bas Didakwa Lagi, Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Sesyen Muar
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan TikTok dengan menghantar komen bersifat jelik terhadap video seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dengan kapsyen ‘hari ini crush buat homework’ diikut tanda ‘love’ sambil memerhatinya.
Dalam satu rakaman sesi ‘live’ di tiktoknya, Zaharil berkata abang bas seorang lelaki yang baik dan hanya mengikut orang lain letak perkataan ‘crush’ di ruang kapsyen.
“Dia memang budak baik. Saya pun tak tahu apa benda ‘crush’ tu. Dia kata, keras ke ‘crush’?
“Dia kata saya pun tak tahu, saya tengok FYP orang tulis ‘crush’, saya pun tulislah ‘crush’,” kata peguam tersebut.
@ayuuariffin84 Abang Bus tak tahu apa itu “crush” – Dato Zaharil #fyp #abgbus #datozaharil #kesjenayah #lawyer #viraltiktok
Minggu lalu, Abang Bas disiasat polis setelah konten ‘crush’ dengan kanak kanak bawah umur mendapat perhatian daripada ramai pihak termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Nancy kemudian mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) membuat laporan polis mengenai satu hantaran yang tular di media sosial. Dan polis segera bertindak menangkap Abang Bas.
Keluarga Abang Bas kemudian meminta bantuan daripada orang ramai untuk mengikat jamin dia keluar. Beliau telah pun dibebaskan selepas membayar ikat jamin keseluruhan berjumlah RM40,000 di Kompleks Mahkamah Muar, semalam.