Di TikTok nama Abang Foodpanda ataupun Muhammad Syahmi tiba tiba menjadi popular kerana kontennya memakai filter wajah Siti Nurhaliza.

Malah dalam konsert Siti Nurhaliza baru baru ini, penyanyi no.1 negara itu sempat mencari di manakah abang Foodpanda yang selalu memakai filter wajahnya itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@m_sy4h

Countdown 4 hari lagi 09.03.2024❤️ Hari ni nak tukar beg baru kita pakai pinky²🤣

♬ Joget Pahang – Siti Nurhaliza

Ianya telah menimbulkan rasa geli hati peminat, bagaimana Siti Nurhaliza sendiri melayan konten Syahmi itu. Dan itu menambahkan lagi populariti Syahmi di kalangan netizen.

@haery_dean

Aduii banggg rezekii @Siti Nurhaliza cari abangg dalam konsert. @Syah #sebuahepitomesayasitinurhaliza

♬ original sound – Haery | EmployeeOfTheYear – Haery | EmployeeOfTheYear

Malah di TikTok ramai percaya tak semua orang boleh pakai filter Siti Nurhaliza seperti Syahmi.

Seorang netizen berkata: “Aku rasa filter Siti Nurhaliza ni memang dicipta untuk abang Foodpanda ni seorang je.”

Bercakap kepada Mstar Online, Syahmi akui ada terima kritikan daripada pihak yang kurang senang dengan tindakannya. Di mana ada yang menuduh dia gila populariti.

@mr_cemey

Sent kt kwn2 semua kata rasa nk pijak je.. haha tokmey nk jugak jadi tokti.. Lawa tau!! ☺️ jgn ngorat ye.. 😂😂 #pandarider #tokti #sitinurhaliza #cubacuba #janjitakbuatlagi #fyp

♬ Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza

Dia menjelaskan dia tidak pernah terfikir untuk mengejar populariti malah hanya melakukannya sebagai suka suka atau sebagai hiburan ketika bekerja.

Dia berkata kepada portal tersebut: “Memang rutin harian saya tunjuk dekat media sosial cara kerja, saya berada di mana dan sedang buat apa.

“Saya tak pandang semua benda itu (populariti). Saya hanya akan jadi diri saya sendiri dan tidak akan lupa siapa saya.”

Selain itu Syahmi ada alasan tersendiri untuk menggunakan filter tersebut. Yang menurutnya dia mahu menutup wajahnya yang kemerahan selepas membuat rawatan muka.

“Setiap bulan saya akan buat rawatan wajah dan disebabkan terlampau merah, kebetulan filter wajah Datuk Siti sedang tular, jadi saya pun guna,” tambah beliau lagi.

Kemudian dia mendapati filter itu ngam dengan wajahnya dan menerima banyak sokongan daripada netizen. Dia sendiri menganggap perkara itu kelakar.