Sebut mengenai Abang Viva pasti ramai yang mengenalinya. Sanggup meredah banjir dalam membantu mangsa menggunakan wang poket sendiri antara yang membuatkan beliau dilihat sebagai hero dalam kalangan rakyat. Lebih hebat, beliau sanggup melakukannya bermodalkan Perodua Viva dan sebuah bot yang turut dibawa bersama.

Sikap rendah diri serta saling membantu mereka yang dalam kesusahan antara yang membuatkan nama beliau menjadi sebutan ramai sewaktu musim banjir pada tahun lalu. Malah, beliau juga turut dihadiahkan dengan sebuah Mitsubishi Triton dan juga Yamaha XJ6S atas keikhlasan beliau membantu orang ramai.

Artikel Berkaitan:

Setahun berlalu, siapa sangka Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar telah melangsungkan perkahwinan pada hari ini. Hari yang disangka bakal menjadi hari yang penuh bahagia sekaligus berubah selepas tularnya sebuah perkongsian individu yang dipercayai adik-beradik beliau sendiri.

Menerusi perkongsian Facebook Fauziyah Omar, beliau mengesahkan Azwan Omar telah melangsungkan perkahwinan namun apa yang mengejutkan para netizen serta ahli keluarga adalah dakwaan beliau telah berkahwin secara senyap tanpa memberitahu kepada ibu bapa.

Wanita ini turut memohon kepada orang ramai agar berhenti mengaitkan Abang Viva dengan ibu bapa beliau yang secara tidak langsung bakal menambah derita buat keluarga.

Perkongsian yang dilakukan nyata membuatkan para netizen terkejut melihatkan sifat beliau yang suka membantu orang ramai. Malah, ramai yang tidak sangka Abang Viva sanggup berbuat demikian. Tidak kurang juga yang berang dengan sikap wanita ini yang seolah mendedah aib keluarga kepada orang ramai di media sosial. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu ini.

Sumber: facebook Fauziyah Omar
Sumber: facebook Fauziyah Omar

Situasi tegang yang berlaku telah membuatkan Abang Viva menerusi laman Facebook beliau memaklumkan bakal membuat penjelasan penuh secara live pada malam ini.

Difahamkan tujuan beliau melakukannya bagi membolehkan para netizen menilaikan sendiri isu yang berlaku. Diharap isu yang berlaku dalam keluarga ini tidak berlarutan sekaligus membuatkan situasi tidak menjadi lebih keruh.