Sebut mengenai Abang Viva, pasti ramai yang akan mengenalinya. Berjaya digelar hero oleh para netizen selepas berhempas pulas membawa bot menaiki Perodua Viva membantu mangsa banjir di Melaka antara yang membuatkan nama beliau menjadi sebutan.

Tidak terhenti dengan misi banjir di Melaka, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar turut aktif dalam membantu mangsa banjir di beberapa kawasan lain termasuk di Kedah dan juga Shah Alam pada Disember tahun lalu.

Baca Juga:

Bersempena dengan musim banjir pada berlaku pada minggu ini, nama Abang Viva kembali ‘diseru’ netizen yang mahukan beliau turun padang membantu mangsa banjir di negeri bahagian Pantai Timur.

Dalam pada itu, lain ceritanya apabila Abang Viva dikatakan sedikit berbeza selepas berkahwin apabila mulai meluahkan mengenai bantuan yang pernah dilakukan beliau menerusi perkongsian Tiktok @chaiyoe9.

@chaiyoe9

Luahan hati abang viva,dah takde modal katanya nk tolong selamatkan mangsa banjir,pakai duit sendiri je,.rehat la abang viva,setiap daerah dah ada agensi keselamatan,kalau nk tolong pum tolong kawasan berdekatan,tak perlu modal yg besar,.#luahanhati #abgvivaviral

♬ bunyi asal – Chai – Chai

“Hari itu pergi Kelantan dan Terengganu saya habiskan untuk minyak dan tol sahaja sudah hampir RM1,000.

Kalau saya ini ada elaun tak apa juga. Masalahnya kena fikir juga saya ini sudah berkahwin, ada anak dan bini. Nak kena bagi makan. Saya ini sukarelawan bukannya ini kerja tetap saya. Korang tak boleh pertikaikan saya turun atau tidak” luah Abang Viva.

Luahan Abang Viva dalam usaha untuk memberi penjelasan walau bagaimanapun kurang disenangi segelintir netizen. Malah terdapat netizen yang berpendapat nada suara Abang Viva juga sudah berlainan dalam meluahkan soal membantu mangsa banjir sejak sudah berkahwin.

Sumber: tiktok @chaiyoe9
Sumber: tiktok @chaiyoe9

Dalam pada itu, isterinya yang dikenali sebagai Evanoza Zakaria turut tampil mempertahankan suaminya dengan memaklumkan suaminya bukan mahu mengungkit namun sekadar mahu orang ramai memahami situasi suaminya sahaja.

Meskipun dibebani dengan komitmen, Abang Viva menerusi semakan terbaru Facebook Azwan Omar turut tampil membantu mangsa banjir di Kampung Matang, Terengganu.

Lebih menarik, beliau kini turut hadir bersama pasukan beliau yang turut bersama membantu mangsa banjir.

Sebagai usaha untuk memudahkan urusan beliau serta mangsa banjir, Abang Viva dilihat turut menyertakan nombor akaun beliau untuk orang ramai menghulurkan bantuan kepada Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang V-Va.

Didodakan semoga segala urusan pasukan Abang Viva dalam membantu mangsa banjir yang terkesan dipermudah sekaligus membolehkan usaha murni kumpulan ini diperluaskan kelak.