Aktivis yang terkenal dengan gelaran Ayahanda Abdul Rani Kulup atau Raja Report Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah, kini sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) selepas disahkan mengalami jangkitan bakteria pada paru-paru.
Rani Kulup telah dirawat di zon merah HUKUM dan kemudian telah ditidurkan.
Menurut sahabat baiknya, Mejar (B) Razali Zakaria, Abdul Rani dimasukkan ke hospital pada sekitar jam 5 petang Selasa, dan pihak perubatan membuat keputusan untuk menidurkannya bagi tujuan rawatan serta pemantauan rapi.
Dipetik daripada laporan mStar, Razali berkata: “Saya sempat buat panggilan video bersama dia sebelum prosedur tersebut dijalankan. Dalam perbualan tu, dia memaklumkan akan ditidurkan.”
AYAH RANI KULOP SEDANG DITIDURKAN
Ayahanda Abdul Rani Kulup dikatakan tidak sihat kebelakangan ini. Sekarang berada di zon merah dan sedang ditidurkan.
Sama-sama kita doakan semoga beliau segera sembuh hendaknya. pic.twitter.com/Z38bqpeCyL
— Asal Gombak (@AsalGombak) February 4, 2026
Razali turut berkongsi bahawa, ketika dia melawat, Rani masih belum sedarkan diri, namun pihak hospital memaklumkan bahawa keadaannya menunjukkan tanda stabil dan dalam pemantauan.
Abdul Rani Kulup mulai alami masalah kesihatan bulan lalu
Menurut Razali lagi, Ayahanda Rani Kulup mulai mengalami masalah kesihatan kira kira sebulan yang lalu. Namun begitu, Rani Kulup masih kekal aktif bergerak bertemu dengan rakan rakannya.
Rani Kulup Ditidurkan Di Zon Merah HUKM #MGFlash
Pengerusi Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah kini ditidurkan di Zon Merah, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) sejak dua hari lalu. #malaysiagazette pic.twitter.com/p848kCquQf
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) February 5, 2026
Nama Rani Kulup bukannya nama asing di kalangan rakyat Malaysia terutama sekali di kalangan netizen media sosial.
Ramai yang mendoakan ayahanda Abdul Rani Kulup kembali sembuh.