Sudah menjejak fasa dewasa, salah satu perkara yang menjadi perbualan sudah semestinya tentang pasangan hidup masing-masing. Ada yang bertuah dapat membina mahligai perkahwinan bersama pasangan tercinta dengan mudah.
Namun, sebahagian individu lain pula mungkin masih tercari-cari di manakah pasangan mereka dengan pelbagai cara. Selain menggunakan aplikasi di luar sana, rupanya ada pihak yang sedia mengadakan acara cari jodoh atau speed dating seperti di dalam rancangan televisyen pula.
Baru-baru ini, tular di TikTok mengenai satu acara temu janji yang dinamakan “Speed Dating” yang telah berlangsung di sebuah kafe yang terletak did Kuala Lumpur.
Difahamkan penganjur dengan nama Pertama Kali mengambil inisiatif untuk mengadakan acara temu janji segera ini bagi membantu individu yang masih single untuk mencari jodoh masing-masing.
Di dalam video itu, dapat dilihat sejumlah peserta duduk secara berpasangan dan berbual sesama sendiri. Kemudian, peserta wanita akan duduk di meja yang disediakan dan peserta lelaki pula akan pergi dari meja ke satu meja yang lain untuk mengenali hati budi masing-masing.
Dalam pada itu, video yang tular turut memperlihatkan para peserta muda yang mungkin berumur dalam lingkungan 20 sehingga 30 tahun.
@pertama.kali Would you try Speed Dating? 🤔 Some moments from our last event! DM us to book your seat for our next event. #speeddating #datinginkl
Untuk makluman, acara cari jodoh ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM120 bagi setiap peserta kerana pihak penganjur telah menyediakan aktiviti dan tempat pertemuan.
Video tersebut telah meraih sejuta jumlah tontonan serta dipenuhi komen oleh netizen. Rata-rata netizen meluahkan keterujaan dengan inisiatif tersebut dan berminat untuk menyertai acara yang diadakan pada masa kelak.