Tidak dapat disangkal lagi, wang ringgit menjadi salah satu perkara wajib untuk menjalani kehidupan yang selesa. Jadi, anak muda masih berkira-kira jika mereka mampu berkahwin dengan gaji yang sedia ada.
Susulan itu, seorang TikToker tempatan telah membuat satu sesi soal jawab ringkas bersama sejumlah wanita dalam menentukan berapakah tangga gaji yang sesuai untuk mengahwini mereka.
Baca Juga:
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
Sementara ramai yang berpendapat tangga gaji yang sesuai adalah sekitar RM3,000 hingga RM5,000 untuk menjalani kehidupan bersama. Bagi mereka, dengan gaji itu bolehlah membayar komitmen bulanan dan menjalani kehidupan dengan selesa.
Bagaimanapun, terdapat satu respons seorang wanita menerusi klip video itu yang menarik perhatian ramai. Difahamkan wanita itu mahu lelaki yang mempunyai gaji setinggi RM9,000 sebelum boleh diterima kahwin.
@raffisimple RM9000 kerja apa ? 🥶 #socialexperiment #fypシ
Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen meluahkan rasa terkedu dengan maklum balas wanita itu kerana dianggap gaji itu terlalu tinggi lebih-lebih lagi bagi golongan muda yang baru menjejaki ke dalam dunia pekerjaan.
“RM3K – RM5K masih boleh dipertimbangkan lagi untuk komitmen, yang atas RM9K tu pikir apa gamaknya,” soal seorang netizen.
“Aku rasa yang kata RM9K tu dia tak keje lagi kot.. tak tahu realiti alam pekerjaan,” luah seorang netizen lagi.
“Aku baru je nak kahwin tapi lepas tengok video ni tak jadilah kahwin,” seloroh seorang netizen lain.
Namun begitu, ada sebahagian wanita menjelaskan bahawa mereka tidak kisah dengan tangga gaji seseorang lelaki asalkan rajin berkerja untuk menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga.