Achey dikecam oleh segelintir pihak yang tak puas hati dia bersuara mengkritik lelaki berpakaian wanita.

Baru baru ini Achey secara terbuka menyatakan dia sangat sedih dan kecewa dengan golongan lelaki berpakaian wanita ini seolah olah cuba mernomalisasikan budaya songsang.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Lebih mersahkan Achey kerana anaknya sendiri mempersoalkan sama ada mereka itu adalah lelaki atau perempuan.

Achey dikecam pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan status hantarannya di media sosial sebelum ini. Mereka malah menghantar mesej peribadi  (DM) kepadanya menyatakan rasa tak puas hati mereka.

Achey berkata:”Ada saja yang bising dekat aku, yang DM aku pula lepas aku suarakan pasal [leelaki pakai] pakaian perempuan. Aku keluarkan kenyataan aku je, meluahkan rasa.”

Menurut Achey, jika dia salah, dia minta maaf. Namun pada pandangannya dia tidak bersalah, dan dia betul dalam perkara tersebut.

Achey dikecam sebab terbuka bersuara

Dia juga tidak faham kenapa seorang lelaki harus berpakaian seperti itu, menyerupai seorang perempuan.
achey

“Kalau aku salah… tapi aku rasa aku betul! Aku tak rasa benda tu aku salah. Aku manusia, aku tak bagus mana tapi kita sebagai manusia pun kita dapat tahu, kau ni lelaki tapi kenapa pakai macam tu.

“Tema dia old money, pula pakai macam itu old money. Tapi geramkan, anak-anak generasi kita tengok tak baiklah,” tegas Achey – seperti dilaporkan Oh Media.

@achey_bocey

🤲🤲❤️❤️❤️🙏🙏🙏

♬ original sound – Achey_BOCEY – Achey_BOCEY

Isu tersebut sudah mendapat perhatian  daripada JAKIM sendiri yang akan mengambil tindakan. Di mana JAKIM mengambil serius perkara ini terutama sekali melibatkan lelaki beragama Islam.

JAKIM akan memanggil pihak yang berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan mengadakan sesi perbincangan tertutup untuk memberikan nasihat dan  bimbingan.