Achraf Hakimi berdepan hukuman penjara 15 tahun atas pertuduhan mer*gol.
Pemain pertahanan Paris Saint-Germain (PSG) dan bintang antarabangsa Maghribi, Achraf Hakimi, sekali lagi menjadi tumpuan selepas pihak pendakwa raya di Perancis secara rasmi meminta supaya beliau dibicarakan di mahkamah jenayah atas tuduhan merogol seorang wanita pada tahun 2023.
Menurut laporan media Perancis termasuk Le Monde, insiden itu dikatakan berlaku pada malam 25 Februari 2023, di kediaman Hakimi di Boulogne-Billancourt, pinggir Paris.
Ketika itu, bekas isterinya – yang ketika itu masih bergelar isterinya – tidak ada di rumah.

Wanita yang mendakwa menjadi mangsa kerakusa Hakimi menyatakan bahawa dia mengenali Hakimi melalui Instagram dan dijemput ke rumah oleh pemain itu sendiri.
Niat Datang Rumah Achraf Hakimi Sekadar Untuk Bersembang
Wanita itu menegaskan bahawa dia terkejut apabila Hakimi melakukan sentuhan yang tidak diingininya termasuk termasuk mencium dan menyentuh alat sulitnya, meskipun dia menyatakan dengan jelas bahawa dia tidak memberi persetujuan.
Wanita itu tidak menyangka sama sekali Hakimi akan mengambil kesempatan ke atasnya ketika dia berkunjung ke rumah pemain itu, hanya untuk melawat dan berbual santai.
Mangsa kemudian dilaporkan keluar dari rumah itu dengan bantuan pengawal keselamatan dan membuat laporan kepada pihak polis.
Walaupun pada awalnya dia tidak memfailkan aduan rasmi, pihak pendakwa tetap membuka siasatan dan pada Mac 2023, Hakimi dikenakan pendakwaan awal (formal investigation) oleh mahkamah Perancis.

Kes itu telah membawa kepada keretakan rumah tangga Hakimi. Bekas isterinya menyatakan sokongan kepada mangsa dan menegaskanΒ tidak boleh bersama dengan Hakimi lagi.
Pendakwa Mahu Kes Dibawa Ke Mahkamah Jenayah
Kini, pada 1 Ogos 2025, pihak pendakwa raya di Nanterre telah mengemukakan permohonan rasmi kepada hakim siasatan untuk membawa kes ini ke perbicaraan jenayah penuh.
Jika hakim bersetuju, Hakimi akan dibicarakan di mahkamah, di mana jika didapati bersalah, beliau boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Hakimi Nafi Tuduhan, Dakwa Menjadi Mangsa Fitnah Dan Diperangkap
Peguam kepada Achraf Hakimi, Fanny Colin, menolak tuduhan ini dan menyifatkan permintaan pendakwa raya sebagai βtidak masuk akal dan tidak berdasarkan fakta kukuh.β
Hakimi merasakan wanita tersebut sengaja mahu memerangkapnya untuk mendapatkan wang daripadanya.
Mereka menuduh pihak wanita melakukan cubaan memeras ugut terhadap Hakimi dan mendakwa tiada bukti mencukupi untuk membawa kes ini ke mahkamah.
Sebaliknya, peguam mangsa menyambut baik langkah pendakwa dan menyatakan ini adalah langkah penting dalam usaha mendapatkan keadilan buat anak guamnya.
π¨ ππ₯πππππ‘π: Achraf Hakimi is facing up to 15 years in prison for rape charges. He has argued it was a setup for financial gain. The Nanterre prosecutor's office has just requested the indictment of the player before the Hauts-de-Seine departmental criminal court.
ββ¦ pic.twitter.com/5uc5FBRfJg
— The Touchline | π (@TouchlineX) August 1, 2025
Masih Bermain Untuk PSG
Sepanjang siasatan berlangsung, Achraf Hakimi masih kekal aktif bersama PSG dan turut menjaringkan gol penting dalam aksi akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.
PSG dalam kenyataan ringkas sebelum ini menyatakan bahawa mereka menghormati proses perundangan dan akan memberi sokongan kepada pemain mereka sehingga keputusan muktamad dibuat.
Apa yang pasti, kes ini bakal menjadi satu ujian besar bukan sahaja kepada Hakimi sebagai individu, tetapi juga kepada sistem keadilan Perancis dalam mengendalikan kes berprofil tinggi yang melibatkan atlet ternama.
Sama ada beliau benar-benar bersalah atau tidak, biarlah mahkamah yang menentukannya.
Buat masa ini, Hakimi masih dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.