Bintang Maghribi dan Paris Saint-Germain, Achraf Hakimi, akan menghadapi perbicaraan kerana tuduhan rog*l. Ia kini menjadi berita gempar yang mendapat perhatian antarabangsa.

Sebelum ini sudah ada laporan dan siasatan dibuat ke atas Hakimi. Selepas seorang wanita mendakwa Hakimmi telah mer*golnya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada Februari 2023. Dan kes disiasat oleh pejabat pendawaraya umum Nanterre, Perancis sejak 2023 lalu.

Kerana perkara tersebut, bekas isterinya, Hiba Abouk memfailkan tuntutan cerai daripada Hakimi. Hal ini kerana Hiba Abouk seorang pejuang hak wanita dan dia menyokong mangsa.

Mbappe Pertahan Achraf Hakimi: “Dia Sentiasa Hormat Perempuan Walaupun Sedang Mabuk”

Achraf Hakimi ketika itu benar benar kecewa dengan tindakan Hiba Abouk kerana isterinya itu tidak menyokongnya ketika dia berdepan dengan tuduhan yang dianggap tidak berasas.

Kini kertas siasatan sudah selesai dan laporan dari Perancis menyebut bahawa mahkamah sudah sedia bersidang untuk perbicaraan kes tersebut.

Achraf Hakimi akui tak sabar naik mahkamah

Sebelum ini Hakimi konsisten menolak semua tuduhan ke atasnya. Dan menyatakan dia sudah tak sabar untuk perbincaraa kes bagi membuktikan dirinya tak bersalah di mahkamah.

Walaupun Achraf Hakimi dalam siasatan kes jenayah berat, PSG dan Maghribi masih kekal menggunakan khidmatnya di atas padang.

Dia malah menjadi Pemain Terbaik Afrika 2025 yang lalu selepas membantu PSG menamatkan musim dengan treble yang turut menyaksikan kelab menjulang UCL pertama dalam sejarah mereka.

Achraf Hakimi
Foto: Youtube

PSG sebelum ini sudah menyatakan bahawa mereka mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Kelab tidak akan menggantung Hakimi selagi lagi dia tidak dibuktikan bersalah.

Pastinya peminat PSG berharap Hakimi akan dibebaskan daripada sebarang sabit kesalahan kes ini. Kerana Hakimi adalah salah seorang pemain terbaik yang dimiliki oleh kelab.