Kylian Mbappe tampil mempertahankan Achraf Hakimi yang dituduh telah mer*g*l wanita lain. Achraf Hakimi berdepan dengan pendakwaan di mahkamah.
Dan jika didapati bersalah, Achraf Hakimi berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun. Menurut laporan media Perancis termasuk Le Monde, insiden itu dikatakan berlaku pada malam 25 Februari 2023, di kediaman Hakimi di Boulogne-Billancourt, pinggir Paris.
Ketika itu, bekas isterinya – yang ketika itu masih bergelar isterinya – tidak ada di rumah.

Wanita yang mendakwa menjadi mangsa kerakusa Hakimi menyatakan bahawa dia mengenali Hakimi melalui Instagram dan dijemput ke rumah oleh pemain itu sendiri.
Niat Datang Rumah Achraf Hakimi Sekadar Untuk Bersembang
Wanita itu menegaskan bahawa dia terkejut apabila Hakimi melakukan sentuhan yang tidak diingininya termasuk termasuk mencium dan menyentuh alat sulitnya, meskipun dia menyatakan dengan jelas bahawa dia tidak memberi persetujuan.
Wanita itu tidak menyangka sama sekali Hakimi akan mengambil kesempatan ke atasnya ketika dia berkunjung ke rumah pemain itu, hanya untuk melawat dan berbual santai.
Mangsa kemudian dilaporkan keluar dari rumah itu dengan bantuan pengawal keselamatan dan membuat laporan kepada pihak polis.
Walaupun pada awalnya dia tidak memfailkan aduan rasmi, pihak pendakwa tetap membuka siasatan dan pada Mac 2023, Hakimi dikenakan pendakwaan awal (formal investigation) oleh mahkamah Perancis.

Kes itu telah membawa kepada keretakan rumah tangga Hakimi. Bekas isterinya menyatakan sokongan kepada mangsa dan menegaskan tidak boleh bersama dengan Hakimi lagi.
Pendakwa Mahu Kes Dibawa Ke Mahkamah Jenayah
Kini, pada 1 Ogos 2025, pihak pendakwa raya di Nanterre telah mengemukakan permohonan rasmi kepada hakim siasatan untuk membawa kes ini ke perbicaraan jenayah penuh.
Jika hakim bersetuju, Hakimi akan dibicarakan di mahkamah, di mana jika didapati bersalah, beliau boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Pihak peguam Hakimi sudah menafikan kesemua tuduhan ke atas pemain itu dan menganggap wanita tersebut sengaja cuba menjerat Hakimi untuk mendapatkan wang.
Mbappe pertahan Hakimi
Media Perancis kemudian melaporkan bahawa Kylian Mbappe tampil dengan terbuka mempertahankan rakan baik yang juga bekas rakan sepasukannya di PSG.
Menurut Mbappe, Hakimi adalah lelaki budiman yang sentiasa menghormati wanita walaupun ketika dia sedang mabuk.
Mbappe berkata: “Hakimi seorang yang menghormati wanita. Walaupun ketika dia sedang mabuk sekalipun, saya tak pernah nampak dia berkelakuan tidak senonoh.
“Kami bukannya orang jahat, dan kami sudah bersedia untuk perkara seperti ini sejak dari dulu lagi.
“Malam itu, kami ke restauran, Achraf benar benar hilang arah dan menangis. Dia beritahu saya mereka melakukan sentuhan dan belaian intim bersama sama atas kerelaan.
“Achraf Hakimi tidak pernah merasakan ada penolakan. Dan dia beritahu saya, akhirnya mereka tidak tidur bersama. Ini perkara yang kami selalu bincangkan.”
“That evening, we went to the restaurant. Achraf completely lost it, he was crying. He told me there had been mutual caresses on intimate body parts but that at no point he had felt a refusal. He told me that in the end, they didn’t sleep together, without telling me why. This is…
— Zach Lowy (@ZachLowy) August 1, 2025