Perlawanan peringkat kumpulan bagi saingan AFC Champions League (ACL) 2 sudahpun berakhir dimana sebanyak 16 pasukan, lapan dari Zon Barat dan Timur berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Sanfrecce Hiroshima selaku juara kumpulan E ditemani oleh naib juara iaitu Sydney FC menempah tiket ke pusingan seterusnya. Lion City Sailors dari Singapura dan Port FC dari Thailand berjaya melepasi cabaran dalam kumpulan F.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Bangkok United dan Nam Dinh dari Vietnam mengetepikan dua pasukan lai dalam kumpulan G untuk mara manakala Jeonbuk Hyundai Motor dan Muangthong United merupakan juara dan naib juara kumpulan H.

Hasrat untuk melihat satu-satunya wakil Liga Malaysia iaitu Selangor mara ke pusingan seterusnya tidak kesampaian dimana mereka hanya mampu menamatkan saingan peringkat kumpulan H di tangga ketiga, satu mata di belakang Muangthong.

Dalam saingan zon Barat pula, Tractor dari Iran dan Al-Wakrah dari Qatar layak dari kumpulan A manakala Al-Taawoun (Arab Saudi) dan Al-Khadiya (Bahrain) layak dari kumpulan B.

Sharjah FC (UAE) dan Al-Wehdat (Jordan) merupakan juara dan naib juara dari kumpulan C manakala Shabab Al Ahli (UAE) dan Al-Hussein (Jordan) layak dari kumpulan D.

Undian bagi perlawanan pusingan kalah mati bakal diadakan pada 12 Disember nanti.

Dari segi hadiah wang tunai bagi saingan musim ini, pasukan yang layak ke peringkat kumpulan bakal menerima wang tunai sebanyak USD300 Ribu. Kelab bakal mendapat tambahan wang tunai sebanyak USD80 Ribu sekiranya mara ke peringkat 16 pasukan terakhir.

Kelab bakal mendapat tambahan wang tunai sebanyak USD160 Ribu sekiranya mara ke peringkat suku akhir dan mendapat tambahan hadiah wang tunai sebanyak USD240 Ribu sekiranya mara ke peringkat separuh akhir.

Pasukan juara AFC Champions League 2 akan membawa pulang wang tunai sebanyak USD3.28 Juta manakala naib juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak USD1.78 Juta.