Media China mengkritik pemain pertahanan skuad kebangsaan, Dion Cools dengan mengatakan pemain tersebut lupa tentang asal usul selepas kejadian pergaduhan ketika perlawanan peringkat kumpulan saingan AFC Champions League (ACL) antara Buriram United menentang Zhejiang FC.

Buriram tewas dalam perlawanan tersebut dengan keputusan 3-2 dan terjadi pergaduhan melibatkan pemain daripada kedua-dua pasukan di tengah padang sehingga memaksa barisan jurulatih serta pasukan keselamatan masuk campur meleraikannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi satu video yang tular di media sosial, kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila terdapat pertengkaran mulut antara pemain Buriram, Theerathon Bunmathan dengan pemain simpanan Zhejiang.

Ketika pergaduhan, salah satu media China iaitu Sohu menganggap Dion membuat isyarat yang memprovokasi peminat bola sepak negara itu sekaligus mengkritik tindakan pemain tersebut.

Ibu Dion iaitu Xylina Chai berketurunan Hakka dan keturunannya boleh dikesan kembali ke Guangdong, China. Perkara ini menyebabkan media tersebut menganggap pemain berusia 26 tahun itu lupa dengan asal usul.

Dion Cools
Sumber Gambar: Sohu

Dalam video di atas, Dion Cools cuba menghalang pertengkaran tersebut namun situasi menjadi lebih buruk apabila pemain Zhejiang hilang sabar membuatkan pemain lain bertindak menyerbu sekaligus memukul penyerang import Buriram, Ramil Sheydayev.

Pertelingkahan sekali lagi bertambah kecoh apabila Dion terlibat ketika dia menarik pemain Zhejiang yang lain supaya tidak masuk campur.

Bagaimanapun, tindakan Cools tidak disenangi oleh beberapa pemain Zhejiang yang lain namun beliau sempat diselamatkan oleh barisan jurulatih.

Keadaan kembali tenang apabila pihak keselamatan stadium hadir meleraikan situasi lalu mengiringi para pemain daripada kedua-dua pasukan ke dalam bilik persalinan masing-masing.