Jaguh dari Jepun, Kawasaki Frontale sedia pamer persembahan terbaik apabila bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan kelima Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Todokori, petang esok.
Mereka menganggap pertemuan itu ibarat final kerana keputusan perlawanan ini akan menentukan kemaraan pasukan tersebut ke pusingan kalah mati.
Baca Juga:
- Hampir RM15 Juta Diperolehi Oleh Urawa Reds Dalam AFC Champions League 2017
- TMJ Pertimbang Melabur Dalam Bola Sepak Jepun
- Peminat Indonesia Kagum Dengan Kemampuan JDT Tewaskan Ulsan Hyundai
Berdasarkan kedudukan terkini kumpulan I, Kawasaki Frontale menghuni tangga teratas dengan 12 mata dengan rekod tanpa kalah manakala JDT di tangga ketiga selepas mengutip 6 mata dalam 4 perlawanan yang diharungi.
Kawasaki Frontale hanya memerlukan keputusan seri untuk muncul sebagai juara kumpulan manakala JDT amat memerlukan kemenangan bagi mencerahkan peluang mara ke pusingan seterusnya.
Bagaimanapun, pengendali pasukan itu, Tatsu Oniki menegaskan mereka tetap memburu kemenangan kerana ia adalah perlawanan terakhir di halaman sendiri.
“Saya gembira kami berpeluang untuk mara ke pusingan seterusnya selepas menghadapi 4 perlawaan.
“Esok kami akan menghadapi perlawanan yang sebenar. Ini perlawanan terakhir di tempat sendiri. Kami mahu tampil dengan lebih kuat dan mencapai misi untuk mengutip 3 mata,” kata Oniki ketika sidang media.
#ACL ジョホール・ダルル・タクジム戦の公式会見に鬼木達監督と大南拓磨選手が出席しました!!
鬼木達監督
「明日は等々力での今年最後の試合となるので、それにふさわしく熱いゲームをしたい。」大南拓磨選手
「しっかり勝って、自分たちの力でグループステージ突破を決めたい。」… pic.twitter.com/jpLICkFJaj— 川崎フロンターレ (@frontale_staff) November 27, 2023
Pemain pertahanan, Takuma Onami yang baru pulih daripada kecederaan ACL turut tidak sabar turun beraksi dan menyifatkan esok adalah perlawanan yang cukup istimewa.
“Ini adalah perlawanan terakhir di tempat sendiri, oleh sebab itu kami mahu menang. Kami ada ramai pemain yang memiliki skill dan kami akan memastikan penguasaan bola berpihak kepada pasukan,” jelasnya.
Pertemuan bulan lalu menyaksikan JDT tewas tipis 0-1 kepada Kawasaki Frontale ketika perlawanan pertama di Stadium Sultan Ibrahim.