Perlawanan kedua pusingan 16 AFC Champions League Elite (ACL Elite) 2025/26: Sanfrecce Hiroshima lawan Johor Darul Ta’zim (JDT) [11 Mac 2026, 6:00 petang]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia melibatkan wakil negara iaitu JDT di Hiroshima, Jepun.
Perlawanan Kedua Pusingan 16 ACL Elite 2025/26
Sanfrecce Hiroshima lawan Johor Darul Ta’zim (JDT)
Sepak mula: 6:00 petang, 11 Mac 2026 (Rabu)
Tempat: Edion Peace Wing Hiroshima, Jepun
Link Siaran Langsung: Astro Arena, Youtube AFC Hub (Akses VPN)
Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran ACL Elite.
Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau langganan Sooka untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.
JDT yang mahu melakar sejarah baharu turun ke Hiroshima dengan kelebihan defisit dua gol hasil kemenangan 3-1 pada aksi pertama di Stadium Sultan Ibrahim, minggu lalu.
Kelebihan itu perlu digunakan sebaiknya oleh barisan pemain kendalian Xisco Munoz untuk menjadi satu lagi wakil Asia Tenggara mara ke suku akhir selepas kemaraan Buriram United semalam.
Meskipun tidak dapat menggunakan khidmat Joao Figueiredo, Hector Hevel dan Jon Irazabal yang kembali digantung, pemain lain dimiliki JDT masih mampu untuk menghadirkan detik bersejarah itu.
Namun, ia pastinya bukan laluan mudah buat jalan cerita pada petang ini akan berubah dengan Sanfrecce juga menyimpan hajat besar untuk kembali bangkit di laman sendiri.
Menarik untuk disaksikan sama ada JDT mampu untuk melakar kemenangan atau terpaksa akur dengan kehebatan tuan rumah.
ACL Elite adalah pertandingan yang melibatkan 24 kelab elit di Asia dan menawarkan wang hadiah lumayan sebanyak AS$10,000,000 (RM42,064,271.65) untuk juara manakala naib juara membawa pulang AS$4,000,000 (RM16,825,708.66).
Ia tidak termasuk elaun perlawanan di tempat lawan serta elaun pencapaian sekiranya mencatatkan kemenangan dan meraih keputusan seri.